Persisiran...

Pasir itu halus dipermukaannya, digosok-gosok pasti melecet. Bengang, pasir dihentak. Tangan mulai sakit, dibentaknya pasir itu. Asalnya berlubang dek pukulan tangan marah itu. Kini bentuknya kembali pulih. Ianya rata, berair. Lembut diluaran tetapi padat pada dalamannya. Mereka terlalu mencari-cari dimana datangnya kekerasan itu, terlalu dalam dikaji. Tetapi jalan buntu ditemui.

Apa yang mereka mahukan dari sebutir pasir, cuba diukir nama mereka, dikalungkan dileher untuk dijadikan perhiasan cinta. Tetapi mereka alpa yang nama itu terlalu kecil untuk ditatap bersama-sama. Dia tanya aku dimana kesempurnaan padanya. Aku kaku, kerana aku tidak cari kesempurnaan. Aku hanya cari kegembiraan.

Dia tanya, apa yang lain dari satu lukisan abstrak ini, aku kaku. Kerana aku hanya lihat satu warna pada setiap lukisan. Warna kegembiraan, dunia ini terlalu penuh dengan kemurungan. Dunia ini penuh dengan ketidak stabilan emosi manusia yang tampak kelihatan pada senyuman sinis setiap syaitan yang berlari kehulu-kehilir.

Di tanya lagi pada aku, apa yang lain pada setiap tekstur lukisan itu. Aku kaku lagi, kerana tangan ini hanyut dengan sentuhan kasih sayang. Aku lupa bagaimana untuk merasai dan menyentuh dunia luar.

Mereka terlalu tamak mencari kegembiraan untuk diri mereka, sampai mereka lupa yang mereka sedang berbicara sesama manusia bukanya binatang mahupun tunggul. Mungkin tatkala aku tiada lagi baru mereka akan mengenang segala-galanya. Air mata kononya dihadiahkan untuk ceritera ini. Tetapi ia sudah terlambat tatkala itu, kerana nyawa ini hanya dihadiahkan sekali sahaja. Senyuman ini tidak akan sama dengan manusia lain, kerana senyuman ini tidak berperasaan. Siapa diantara mereka yang mampu memberi satu senyuman yang tidak punyai perasaan? Sedangkan haiwan juga tidak tahu berbicara dengan bahasa senyuman ini.

Kerana...

Kalian terlalu buta dengan sejarah silam, manusia lain dijadikan habuan perasaan yang lapar.

Disini aku ingin huraikan, apa yang lain pada kau.

Jalan cerita ini...

Apa yang lain pada kau.

Senyuman yang kau berikan...

Apa yang lain pada kau.

Kasih sayang yang dicoretkan...

Apa yang lain pada kau.

Sebutan yang berjaya melebarkan senyuman ini...

Apa yang lain pada kau.

Sentuhan yang kau berikan...

Apa yang lain pada kau.

Kau.

Kerana kau adalah kau, dan mereka adalah mereka. Hidup ini bukanlah semanis cerita dongeng, jikalau kau memikirkan yang hanya diri kau sahaja perlu dibahagiakan pasti tiada kebahagiaan yang akan datang pada kau. Percayalah, tiada bunyi tepukan jikalau ianya datang dari sebelah tangan bukannya sepasang. Tidak akan datangnya kasih sayang jikalau kau sendiri lari darinya.

- Kasih sayang itu bukannya makanan ruji yang hanya diperlukan tatkala perut lapar.

Aku sehelai kain buruk...

Compang-camping, berbau busuk. Tengit, hitam, kelabu, dan keras. Kelihatan buruk dari pelbagai sudut, perspektif mahupun otografik. Mereka kelihatan kelam dengan suasana bingit dari permukaan itu.

Apa yang mereka kisahkan jikalau sehelai kain buruk itu terbang di tiup angin?

Mereka mahu berkata-kata seperti ini, "Eh, kain buruk aku mana?"

Pasif kelihatan pada sifat mereka. Mereka tidak kisah, mereka tidak mahu ambil tahu kemana kain itu menghilang. Apa yg mereka pedulikan, hanya sehelai kain buruk yang hanya diperlukan apabila kekotoran meliputi permukaan lantai ataupun meja mereka.

Akan kerana sifat itulah manusia ini lebih kelihatan seperti kain buruk, dan hanya diperlukan apabila ianya diseru!

Kain itu akan dipersalahkan, jikalau ianya tiada dihadapan mata si pengguna. Di maki hamun, di herdik dan di lontar begitu sahaja! Tiada belas kasihan, mereka menunjukkan sifat tidak keperimanusiaan disitu.

Mungkin ada diantara kalian yang akan berkata-kata, "peduli apa dengan kain buruk".

Ya!

Peduli apa dengan kalian semua, jikalau kuah atau seangkatan dengannya tumpah, gunakanlah kain sutera cina mu! Gunakanlah kain baju yang kau beli beratus-ratus ringgit itu untuk mengelap sisa cecair itu! Rupa mereka kelihatan sangat kejam tatkala mengesat sisa itu, oh! Ada sisa pepejal melekat di atas marmar meja ini!

Tenyeh! Tenyeh!

Tiada belas kasihan, tiada kenal erti sakit. Ada diantara kalian yang dengar batin aku menjerit? Pasti tiada, kerana kau terlalu sibuk dengan permata dan sutera yang kau beli dengan sepenuh jiwa kau, kau lupa untuk membasuh aku kadang-kalanya. Jikalau terlalu busuk, kau lontar aja kelibat badan ini ke dalam bakul sampah.

Oh! Aku hanyut di dataran gumpalan sampah!

Menanti masa untuk ditimbus, atau dibakar!

Pengakhiran aku mungkin sebagai kepulan asap yang mengotori ozon bumi. Dan, aku hadiahkan kalian dengan limpahan air hujan asid untuk kalian pertontonkan kepada generasi muda kalian.

Mengapa pengakhiran ini terlalu keji buat aku?

Kerana aku ditakdirkan lahir sebagai sehelai kain buruk.

- rupanya cantik, bahasanya kotor.

RAJA MELAYU MURKA "MALAY POWER!"


PENULISAN INI AKU DAPATKAN DARI EMAIL AKU. AKU TAK TAU YANG MAMAT NI RAJA DARI SUSUR GALOH MELAYU RIAU-LINGGA. SKANG DIA BELAJAR DEKAT FRANCE. PERGH..SERAM BEB!!BACE BACE!!

aku seorang yang datang dari keturunan di raja melayu. datang dari keturunan Raja Ali Haji ( yang menciptakan gurindam 12 ) tau ke kome gurindam 12? dulu tok nyang aku tu tak der pulak memasukkan ideologi nazi dalam sastra gurindam 12 tu. aku rasa korang ni semua gila nak jadi popular la. korang melayu ke? dari mana asalnya korang melayu?ntah2 korang jawa,..banjar,atau pun mamak? lepas tu kenapa sibuk masukkan ideologi nazi dalam tubuh melayu.aku tak setuju.sebab aku adalah susur galoh dari kerajaan melayu. tapi kenapa korang dok sibuk juang kan melayu sampai masukkan lambang nazi? dulu pahlawan2 melayu tidak ada rasa patriotisma dalam sekelompok melayu, mereka hidup saling sejahtera dengan bangsa lain. pukimak betul la korang ni semua. bikin malu melayu je. kalau nak juangkan melayu, jadi melayu fundamental. raja2 melayu dulu bukan juangkan keturunan melayu,. tapi seluruh bangsa ini kau tau!

sape ketua korang ni? kasi tau aku? biar aku terajang. model macam korang ni yang buat malu melayu. yang jatuhkan martabat melayu. lain kali fahamkan dulu ideologi2 nazi tu. nazi anti dengan agama. yang korang dok sembah si misai kontot tu buat ape?bangang. kan dah jelas Allah S.W.T Tuhan kita. Nabi Muhammad S.A.W rasul kita. itu yang kita sembah. ni aku rasa korang ni ngaji je tak pandai.

dah lah aku malas nak bebel pjg2...

Raja Indera Kelana

( france, 18 April 2009 . 16:20 PM )

Tatapan Khas Untuk Si Pembaca...


Tatapan ini aku balaskan dari segala komen yang telah aku tatap.

Khas untuk saudara wafi;

Bagi aku, bila segala bentuk perpaduan diserongkan, apa jadi dengan bangsa kau sendiri? Cuba kau cakap, berapa ramai di antara kalian yang betul-betul mengamarkan segala kebaikan? Senaraikan segala-galanya. Aku petik dari lidah rakyat, bukan dari lidah aku sendiri.

Sekarang ini kau lihat sahajalah, pemuda-pemuda yang terlalu taksub dengan tiga line itu, apa yang mereka sumbangkan kepada Islam dan Melayu di seluruh Malaysia?

Terlalu sedikit, sehinggakan keburukan mengatasi kebaikan. Apa yang Islam ajarkan jikalau terlalu banyak keburukan pada sesuatu keadaan atau benda? Kau fikirkan sendiri.

Apa yang aku lihat sekarang pergerakan itu lebih kepada penindihan kaum lain, kasihanlah mereka. Sedangkan Nabi pun mengamalkan dasar demokrasi yang terlalu indah. Sehinggakan kerajaan sekarang pun belum tentu dapat mengamalkan dasar "ADIL" kepada semua manusia.

Aku tidak kata kalian ini semuanya buruk, aku bangga ada segilintir yang masih mempertahankan Islam dan kemelayuan di Malaysia ini. Bagus!!

Jangan sampai keburukan yang kecil itu merosakkan segala-galanya, dan jangan sampai Malaysia ini dijadikan seperti Singapura. Aku Melayu, aku punya hak keatas tanah air aku.

Kita ini hidup penuh dengan perpaduan, satukan segalanya untuk membentuk sebuah negara yang harmoni.

Jangan dijadikan rusuhan seperti makanan kalian (aku larikan sedikit topik, supaya tidak terlalu rata pada topik ini) Kau lihat sahajalah apa yang jadi pada 1 Ogos 2009, apa kau pandang pada kaum Melayu sekarang ini? Mereka seperti hilang akal, tidak waras, (kau lihat sahaja wanita bertudung labuh pun menyertai perhimpunan haram ini) mana batas pergaulan yang Islam ajarkan itu? Kau mahu lihat Malaysia ini bertukar seperti Indonesia? Begitu?

Kau mahu hapuskan ISA, apa jadi pada hak melayu nanti? Pasti mereka yang lain akan berani pertikaikan. Jikalau Melayu sudah porak peranda, bermulalah pemerintahan kroni-kroni "KOMUNIS" ini. Kau mahu? Undang-undang boleh digubalkan apabila PARLIMEN mula bercakap. Dan, apabila kita sendiri sudah porak peranda, apa jadi pada semua? Berapa ramai diantara pergerakan kalian yang sanggup bermuntah darah demi menegakkan hak Melayu?

Benar? Dan berpadulah satu melayu, jangan asyik fikirkan politik sana sini, fikirkan KEMAJUAN yang bakal kita kecapi, fikirkan bagaimana kita mahu tingkatkan ekonomi bangsa kita ini.

Komen-komen lain pula disini;

Saudara/ri,

Adakalanya kita memang alpa dengan duniawi, tetapi sebagai manusia kita masih berakal. Setiap waktu kita pasti ingat Tuhan itu masih MAHA segala-galanya, kita hanya mengejar keseronokan dunia ini. Siapa kita, siapa kita? Hanya manusia yang lemah. Dan, cinta ini hanya satu gula untuk kita merawat hidup kita yang haus dengan percintaan bumi ini.

Jangan terlalu menghakimi aku, kerana sifat-sifat ini wujud dalam sanubari kalian. Kita sama-sama mahu memperbaiki kehidupan kita, kerana kita terlalu banyak kelemahan. Dan, aku sebagai penulis hina juga mahu memperbaiki dan berkongsi segala catatan hidup atau idea-idea hina ini.

Aku cuma mahu menyatakan penulisan juga punya seninya sendiri.

Kerana lidah ini lebih tajam dari sebilang pedang, dan kerana itulah aku mengunakan ketajaman akal yang dianugerahkan oleh Ilahi ini untuk mencoretkan kecantikan bahasa.

tran-saksi


Beribu-ribu hentakan kaki dilaungkan, disambut dengan jutaan bunyi paluan lantai.

bingit bingit bingit.

mereka menjerit, muda mudi hilang akal menyahut seruan manusia lain.

aku memerhati.

hirupan air mangga panas menikam anak tekak ini. Aku kelihatan kabur.
sungguh asyik dengan telatah sang lebah meyunting setiap bunga yang mekar. Asalnya ia layu. cuba disiram dengan percikan kata kata manis.

Gagal barangkali.

remaja oh remaja.

zaman ini sudah hampir tamat.

apa yang kalian kejarkan?

adakah kematian?
 
Coretan.net Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template