Catitan

Catitan terakhir manusia dengan hembusan syahadah, meraung-raung kesakitan. Terasa nafas ditarik begitu sahaja. 

Termenung!

Mereka merasakan diri ini ibarat satu tali yg hampir putus saban hari.

Mereka merasakan diri ini ibarat sebuah melodi yang akan luput ditelan radio buruk.

Seolah-olah catitan terakhir itu ada pada dinding-dinding udara. Terbang-terbang-terbanglah!

Tulisan itu seolah-olah dibakar diudara! Merebak pada seluruh dinding udara itu. Mereka tercengang! Tulisan ini kononnya ditapis oleh si debu yang durjana. Kotoran melekat! Puas hati si debu itu.

Setan sungguh!

Di bebel-bebelnya urutan huruf yang sekian lama disusun, apakah takut dimakan ayat itu kerana kebodohan dirinya sendiri? Kau carik-carikan setiap huruf itu menjadi satu letupan yang tidak disangka. 

Mana pergi kepuasannya?

Hanya tekanan yang melambung pada setiap detik. Kiralah!

Cuba kau susun setiap ucapan manis itu, cuba kau susun setiap baris ucapan terima kasih itu. Pasti kau tidak akan sedar terlalu banyak dakwat yang telah dibazirkan demi menyelamatkan setiap baris ucapan kau itu.

Kau ibarat noktah.

Kini noktah.

Lagi, noktah.

Aku tersangkut didalam setiap perjalanan!

Bebaskan setiap susunan kata-kata manis aku ini, kerana ianya telah mati ditelan arus ketidakperimanusiaan seorang primadona.

Lalu,

NOKTAH!

Lara...

"Cintakan membawamu... Kembali disini... Menuai rindu."

Suara beralun mengasyikan dunia halimunan aku, aku tetaskan lara aku. Kini ia berputar-putar! Kini ia berpusing, lebih enak jikalau jasad ini dibaringkan diatas tilam baru.

Oh enak..

Kalut otak berfikir, mereka melambungkan segala janji manis. Tetapi hambar jawapannya. Kononya ia hanya kata-kata, ya! Kata-kata sementara dari manusia jijik. Mohon tinggal sejenak, lupakan waktu.

Temani air hujan yang berlimpahan, banjir! Banjir!

Kesepian datang menemani aku, bola kini digolekkan, diputarkan, dilambungkan lalu dibiarkan hempas ke permukaan bumi!

Didalam ruang kosong, ia bergema.

Saat dusta mengalir, jujurkanlah hati.

Laut tidak selalunya biru, awan tidak selalunya putih, suara tidak selalunya merdu. Lunak merdu alunan suara kecil itu. Membunuh malam yang gelap, kini ianya putih.

Putih!!

Putih!! 

Tiada apa yang tampak kelihatan, terlalu cerah, tiada jasad yang berani mendirikan badan mereka. Tenggelam! Hanyut!

Rasa yang ada ini hanya tinggal ilusi kesakitan yang terpancar pada permukaan dinding aku ini, menjalin semua mimpi yang ada! Kini tinggal ilusi optik yang kononya nyata!

Nyata!

Nyata!

Dimanakah bidadari putih yang muncul didalam mimpi aku, dimana bintang yang diciptakan untuk aku?

Dimanakah sajak, dan syair untuk makhluk hitam ini.

Tamat.
 
Coretan.net Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template