Cairan kata kesat.

Dicoret oleh Pencarut Keji On 5:32 PM

Rambut diusap, tangan dibau. Busuk!

Mungkin sudah petang agaknya, asap berkepul-kepul bertakung di atas kepala, bagi mereka yang tidak berambut pasti asap hitam itu adalah rambut kalian!

Air dihirup, matahari kian suram, tanda petang sudah tiba. Masa berehat makin hampir, kaki makin lenguh. Mata makin merah, kepala makin berat; bantal kawan kalian!

Damainya bau penyejuk udara ini. Lebih wangi dari udara diluar tingkap ini.

Badan disandar, impian dicalitkan di kotak minda, apa tajuk utama untuk esok?

Tamat...

Al-kisah, dunia aku, dunia mereka, hidup aku, hidup mereka, apa perbezaan? Apa yang lebih susah untuk dikopak;dipecahkan;dihancurkan? Jawapannya 'mereka'. Apa yang mereka idamkan? Kesempurnaan.

Apa yang mereka kejarkan?

Kesempurnaan juga.

Apa yang mereka perlukan?

Kesempurnaan juga.

Apa yang mereka tiada?

Ialah KESEMPURNAAN.

Mungkin diantara kalian, tercari-cari kehidupan yang lengkap serba-serbi, jumpakah? Bolehkah? Berpukal-pukal doa dihulurkan, meminta simpati dari Tuhan Yang Maha Esa, kau nangislah! Kau jeritlah sekuat mana pun. Pasti pantulan suara kau yang kedengaran.

Mereka terlalu mementingkan kebahagiaan diri, aku terlalu pentingkan kebahagiaan diri, siapa pula yang mahu mementingkan kebahagiaan orang lain, kau, dan kau.

Siapa?

Menjaga sebentuk perasaan lebih berat dari merintih sekeping wang syiling.

Menjaga sebentuk cinta lebih berat dari menangung derita lapar.

Siapa peduli?

Kalau ditagih kasih dari mereka, caci maki akan keudara sejurus kau meminta. Kalau dipinta untuk disayangi pasti pukulan disusuli. Kalau dipinta untuk dipeluk pasti mulut mereka akan memarahi.

Mana aku mahu pergi?

Mana aku mahu membawa diri?

Mereka tidak peduli, janji diri mereka itu gembira, NOKTAH.

Adakalanya perasaan takut menyelubungi diri sendiri, semangat juang masih tegap merentas segala perasaan takut itu. Tabah dan gagah! Tegap dan kuat!

Cuba kau jeritkan CINTA itu sekuat hati.

Pasti gila untuk kau, dan tawa dari aku.

Kerana tiada yang abadi dari seorang manusia, tiada yang tulus dari seorang manusia.

Kerana kita hidup bersebab. Dan kerana sebab itulah kita masih berdiri dan bernafas. Dan kerana izin Tuhan kita masih hidup dan tabah menempuhi segala sebab itu.

- Sebaris kata-kata kesat itu, aku hadiahkan buat kalian.

3 komentar

  1. Honeydy Love Said,

    cinta tiada nilai baginya bila kita menagih utk dipeluk,dibelai,dicium, tapi maki dan hinaan yg diberi...

    hargailah cinta yg tulus bkn kerna harta dan benda kerana cinta tidak blh dibeli dgn wang ringgit atau harta kekayaan..

    Posted on 9:57 PM

     
  2. damiqula Said,

    "Menjaga sebentuk cinta lebih berat dari menangung derita lapar"

    manusia memang lebih memilih cinta duniawi,padahal cinta pada Tuhan yang maha kaya sering dilupa

    ~sy senang membaca coretan hari ini~

    Posted on 9:44 AM

     
  3. Honeydy Love Said,

    jika kasih yang ditagih..
    hinaan yang diberi
    cemuhan yang ditiupi
    hingga wajah jemu untuk dilihati
    mudah sungguh kau mengkhianati

    namun bukan kasih yang ditagih
    tapi kejujuran dan kata yg dijanjikan yang dipintai
    mudah kau melupai
    kasih yang kau janji sampai mati

    Posted on 4:01 AM