Sunyi...

Setiap detik hari raya menjelma, aku sering kali berdepan dengan pembunuh hati.

Kini, sunyi datang kembali.

Sedih melambai-lambai.

Gembira utk apa?

Ahli kubur menangis tatkala takbir dilaungkan, aku turut menangis. Mungkin satu hari nanti aku turut menangis bersama mereka.

Tiada siapa yang peduli, bahkan mereka tahukah pusara aku dimana nanti?

Sudah lama aku idamkan perasaan ingin dimiliki, disayangi, dikasihi dan disentuh.

Tetapi, siapa mahu sentuh?

Adakalanya aku merasakan diri ini terlalu rendah.

Tiada siapa yang ingin berdiri bersama tatkala jantung ini berdegup pantas.

Apa yang mereka lihat seorang manusia tidak berperasaan berdiri dihadapan mereka. Mahukah mereka menyapa aku?

Hanya makian aku terima.

Tetapi tidak mengapa, asalkan mereka gembira dengan caci maki itu.

Aku tetap akan senyum utk mereka.

Pelbagai pandangan, berbagai kata-kata yang sering kali menikam akal dan hati ini. Tetapi, mahukah mereka memohon kemaafan?

Hanya pada hari raya, wajib bagi mereka. Ibarat trend masyarakat melayu.

Tidak mengapa, aku sering kali maafkan apa sahaja bentuk layanan yang tidak aku idamkan.

Aku juga mahu sebuah buku catatan manis sebuah kehidupan yang dikhaskan utk aku. Tetapi tangan ini terlalu batu utk mencatitkan. Warna biru mengkaburi mata ini, kabus sudah pasti datang menutupi mata ini. Aku ingin teriak, tetapi tiada suara.

Terlalu kecil wahai sutradara.

Maafkan aku.

Biar kaki ini berdiri keseorangan. Mereka tidak akan peduli.

***
Anak kecil berlari-larian, kini dewasa datang memanggil. Tiada lagi kasih sayang yang diberikan secukupnya, kini anak kecil itu mencari pula sebentuk kebahagiaan. Mungkin tatkala aku sudah tiada lagi baru mereka ingin menyayangi aku.
Utk apa disayangi mereka yang sudah tiada?
Tidak mereka peduli lagi.
Iri hati itu sering kali menjelma. Aku bersebelahan, ibarat tunggul kayu. Jikalau tiada tiang batu itu adalah aku. Dibiarkan, wujud utk gelak tawa mereka sahaja.
Apakah mereka tidak mahu lihat aku ketawa juga?
Hanya herdikan demi herdikan aku dengari.
Kekanak-kanakan.
Hanya itu yang boleh aku lakukan utk mengembirakan hati kecil ini.
Hanya itu yang mampu aku lakukan demi mengembirakan hati yang berdarah ini.
Mahu mereka datang menjenguk aku?
Pasti tidak, jarak diragut sebagai satu alasan kukuh.
Tidak mengapa.
Biar aku yang mengembara.
Biar aku hilang dalam destinasi mencari lorong bercahaya itu.
Biar udara mengelap air mata ini, biar habuk menjadi tisu mengesat mata ini.
Biarkan hati ini senantiasa sunyi.
Ketawalah kalian sepuas yang mungkin.
Biar aku terdampar kepenatan tanpa dihiraukan oleh sesiapa.
Lambailah wahai cahaya indah.

Petikan

"Dia tak berpijak dibumi yang nyata, dia sendiri pun tak nak dengar cakap aku. Tapi, aku ada jalan lain nak bagi dia lembut. Mintak pertolongan dari-Nya, hanya Dia sahaja yang boleh tolong kita dalam apa jua keadaan"

Terpesona, aku dengan kata-kata ini.

Aku tahu...

Aku perlu berjalan.

Aku tahu...

Aku perlu berlari!

Tidak cukup dengan tabah, perlu diusahakan.

Biar berapa jauh, perlu dikejar.

Kerana aku terlalu kecil.

Maafkan aku wahai perasaan.

Akan aku tutup kembali, biar mereka buta dari luaran.

Biar hanya aku dan kau berdialog didalam sana.

Kita lontarkan segala aduan pada Tuhan yang satu.

Tak guna kita meraung, tiada siapa peduli.

Mereka hati batu.

Aku hati tisu.

Lembut, dibiarkan di pijak.

Terima kasih diatas segala kata-kata murni mu. Aku tahu hanya kau dan Tuhan tau bagaimana susah utk hidup seperti ini. Berdepan dengan pelbagai situasi dan rintangan.

Dan kau terlebih dahulu memutarkan darah didalam jantung kau.

Terima kasih seribu kemaafan.

Mungkin kaki ini kadang-kala bergegar tatkala berpijak dibumi yang nyata.

Mungkin hati ini buta dalam melihat segala bentuk muka bumi ini.

Aku gembira tatkala kau menolak aku supaya tidak statik pada suatu tempat.

Terima kasih.

***

Mereka masih kecil, akal masih sempit. Tiada satu pun keputusan diambil itu relevan. Mereka hanya tahu bahawasanya kepuasan hidup mereka itu lebih penting dari segala perasaan yang bertaburan bersebelahan dengan mereka.

Aku mahu bangun seketika.

Jikalau kau maksudkan sesuatu. Laksanakanlah, jikalau tidak hidup kau hanya satu perbuatan sia-sia. Jikalau kau tetapkan sesuatu, ikutlah pendirian itu. Jikalau tidak, tunggul kayu lebih sesuai jadi kawan karib kau.

Jangan kau salutkan darah kau dengan pembohongan dari sebaris kata-kata.

Kau hanya cerita dongeng.

Penglipur lara.

Tahu berkata-kata. Tiada watak yang kau fahami!

Bodoh..

Lebih sesuai.

Tiada akal lebih tepat.

Bangang lebih muat.

Utk apa kau sakiti hati yang kau sayang?

Puas?

Utk seketika sahaja.

Tidak unik!

Kerana kau hanya manusia tipikal, sama sahaja dengan makhluk-makhluk yang tidak reti hargai sebuah kasih sayang!

Sudah hilang!

Baru kau terkejar-kejar.

Biar kau rasa bagaimana aku rasa sebelum ini.

Aku terlalu mengejar kebahagian, sampai mati ditikam oleh perasaan sendiri.



Mahu sahaja aku ucapkan selamat tinggal pada kesakitan.

Lalu ia berbunyi...

Sang dewi berjalan merentasi samudra...

Siapa mahu mati bersiram bersama buaya?

Tidak gentar?

Walaupun maut menanti?

Siapa mereka utk menarik nyawa dari jasad ini.

Malaikat maut pun bukan.

Awan mendung yang berarak...

Di renjis dengan berjuta-juta air mata, berpuitis si sang penglipur lara.

Di ulit dengan gerak tari, yang menembusi dimensi dua buah kehidupan manusia.

Hidup seperti manusia bebal.

Mahukan penghormatan, manusia lain ibarat tahi yang berciritan.

Masih belum sempurna akal mu.

Kau mahukan kejadian yang disempurnakan oleh diri kau sendiri.

Jangan ingat kau kebal, tembus selumbar kayu pasti kau terjerit-jerit.

Walau lidahku kaku, jari ini pasti akan menghunus pena maya ini.

Buat manusia yang kekal berdiri diatas pangkin buatan mu itu.

Turunlah!

Ia akan roboh jikalau pelbagai bentuk kaki memijak.

Kau tidak tahu mengembangkan kaki itu.

Pasti retak itu mungkin.

Jatuh terjelepuk kau perlu rasa, biar sakit merembat kekebalan itu.

Semua janji yang kau ucapkan tatkala pangkin itu di pahatkan.

Kini roboh.

Mana gerombolan gagah yang kau heret bersama itu?

Mahukah mereka berdiri bersama dengan kau diatas pangkin yang patah itu?

Kau hanya merancang kegagalan.

Rebah kata-kata kau itu.

Hanya sampah ditaburkan dipusara puisi kau itu.

Kini bangsa kau dihentak dimuka buminya sendiri.

Mana kau?

Yang disibukan mencari duit haram utk diberi pada mereka yang kuat kononnya.

Leburlah akal kau itu dengan fenomena dunia kejahatan.

Kulit tidak salinkan, baju tidak ditukarkan.

Darah manusia lain masih melekat di atas fabrik itu.

Mana kau?

Kononnya pejuang bangsa.

Dilaung-laung kata amarah, tetapi sampah kelihatan.

Busuk!

Bau mulut mereka itu, hanya pandai melaung.

Dibunuhnya bangsa sendiri umpama tuah dan jebat.

Atas arahan "RAJA" yang tidak berakal.

Rakyat jelata kini terhimpit.

Mahukah raja itu bangun dari takhtanya?

Pasti tidak!

Berani atau tidak wahai askar-askar fisabilillah?

Kau berjuang utk diri atau bangsa kau?

Kau hanya perlu berjuang demi agama kau itu, tetapi kau menentang segala-galanya demi satu kekuasaan.

Suara bingit dari atas bukit itu yang kau laungkan.

Ikut gerak hati, ingin aku bakar sahaja manusia hanyir ini.

Perosak makhluk manusia lain, dibunuh, dipijak tanpa rasa hormat.

Kepala dihentak ibarat tiada kalimah didahi mereka itu.

Sedarlah wahai manusia bongkak.

Ini adalah dunia kecil, tiada ruang utk kau didimensi luar.

Hanya diruang sempit ini kau ketawa, kami tidak pernah berhenti berkata-kata.

Utk menyedarkan manusia jahil berkata-kata tanpa menggunakan akal, tiada penghormatan diberikan pada muka hanyir itu.

Ludahan akan aku semburkan dari mulut ini..

Cacian akan aku lontarkan dari kotak suara ini..

Yang pasti..

Kau hanya perosak bangsa dan Agama kau sendiri...


Terlalu cenderung dengan sebentuk kuasa

Aku berhenti..

Aku punya perasaan..

Tapi tiada siapa yang mahu dengar...

Tiada siapa yang mahu lihatnya.

Aku bukan idaman mereka.

Persis pun tidak.

Pelbagai bentuk telah aku lihat, ada yang petak, bulat, lonjong, segi tiga dan sebagainya.

Aku hanya menanti bentuk utk diri aku.

Aku tahu bentuk ini tidak akan dimiliki oleh sesiapa, hanya cebisan sahaja yang akan ditanam.

Selebihnya akan aku pahatkan di batu nisan.

Hanya nama ini akan tertinggal.

Tapi memori mana yang sudi menimang nama ini.

Aku juga mahu di ingati.

Aku juga mahu jadi yang dicintai.

Aku juga mahu dikenang.

Aku juga mahu air mata ini kering utk selama-lamanya.

Aku tidak tabah tatkala mata ini memandang segala memori.

Aku rebah tatkala malam hari.

Tetapi kini aku rebah disiang hari.

Aku jatuh!

Kerana terlalu menyayangi.

Maafkan aku wahai hati, sudah aku katakan jikalau kau hidup bersama aku.

Kau akan terasa dihimpit.

Aku hanya layak duduk di dalam fail "KOYAK"

Disitu tempat aku.

Ia tidak akan dilihat oleh sesiapa.

Ia tidak akan diperlukan oleh sesiapa.

Aku mahu duduk didalam ruang lain.

Dada ini terlalu sempit menerima pelbagai rintangan.

Mata ini tidak larat utk mengeluarkan airnya.

Terlalu lemah utk bangkit.

Aku terlalu kecil utk melompat.

Wahai manusia.

Lihatlah aku seperti mana kau orang yang kau sayang.

Aku juga mahu ditatapi.

Aku juga mahu dijadikan terbaik utk dirinya.

Tetapi hanya tangisan ini yang akan menemani aku.

Aku senantiasa seorang.

Siapa mahu menyambut suara ini?

Aku gagal menjadi alunan muzik utk menghiburkan mereka.

Kini aku akan berdiri tegak.

Langit lihatlah.

Sudah tiba masanya kau benarkan aku naik.

Aku...

Sudah lama mati..

Kerana dia tidak akan pandang wajah ini.

Kerana dia tidak akan merasai apa yang didalam ini.

Kerana dia tetap mahu si dia jadi yang terbaik.

Walau setinggi mana aku daki, dia tetap menjadi yang terbaik utk dia.

Aku perlu sedar yang aku hanya utk awan putih.

Ia hanya tempat teduh manusia.

Tatkala mereka sudah sejuk, aku akan ditiup angin.

Mereka sudah sejuk, mereka akan berlalu pergi.

Sesanggup mana aku tidak meratah makanan demi utk menghidupkan dunia dia?

Apakah mereka tahu?

Apakah mereka rasa?

Jikalau aku merangkak.

Maafkan aku hati, kau makin sempit.

Maafkan aku jantung.

Kau tidak dapat bernafas.

Teresak-esak kau.

Maafkan aku jantung!

Tangan ini lemah utk mengusap dada ini.

Terlalu sempit.

Maafkan aku dada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Langit!!!

Benarkan aku pergi!!

Aku merayu...

Tanah!!!!!

Makanlah aku!

Jikalau neraka adalah tempat aku, aku tetap sanggup pergi.

Terlalu lama aku sorok linangan air mata ini demi dia.

Kini aku sendiri tidak dapat menghalangnya, walaupun dihadapan manusia lain.

Aku gagal...

Kini, aku akan tahu apa itu kegagalan...

Kegagalan tanpa secebis kasih sayang yang aku mengemis sejak dari dahulu lagi.

Aku hanya berjaya mengemis suara dia...

Tidak mengapa, biar ia jadi bekalan ditatkala hari terakhir aku bernafas.

Biar ia dibukukan dalam kehidupan ini.



Langit, aku mahu pergi.

Mati!

Mahu mati?

Apakah nyawa kau tidak ada harganya?

Dimana letaknya kewarasan kau itu?

Pada sebentuk kegembiraan sementara?

Pada sebentuk kawasan tempat pelepasan nafsu amarah itu; sifat sedih; sifat tertekan?

Aku tahu!

Tiada coretan yang kau leh gambarkan pada yang tersayang itu.

Akan tetapi kau perlu ingat, jikalau kau memilih jalan itu.

Apakah kau akan dapat kebahagiaan?

Jikalau kau memilih duniawi semata-mata.

Apakah kau akan hidup dengan segala kekayaan dimuka bumi ini?

Aku tahu!

Aku bukan manusia yang dapat memenuhi segala kehendak itu!

Aku tahu!

Aku bukan manusia yang menjaminkan kekayaan!

Aku tahu!

Aku bukan manusia yang lengkap pada paras rupa, paras saku; selanjutnya?

Jikalau kau merasakan dia yang kau mahu, lantas kau perlu berlari kearahnya!

Jangan kau lari kearah aku!

Jangan kau berdampingan dengan raksasa ini!

Muzik ini!

Alunan ini!

Aku susun!

Utk mengembirakan kau!

Utk menghiburkan kau!

Kau mahu faham situasi ini?

Apakah hanya kau seorang yang hidup dalam kegelisahan; kekesalan?

Apakah hanya kau seorang yang mahu dilahirkan dalam keadaan yang indah?

Tetapi,

Aku tahu kau tidak puas.

Maafkan aku.

Kau boleh berlalu pergi jikalau kau mahu, kau boleh tinggalkan segala-galanya jikalau itu yang kau sayang.

Kerana manusia seperti aku, hanya topeng bumi.

Utk sementara...

Aku tidak akan marah, atau berpaling jikalau itu yang kau mahu.

Aku hanya akan senyum demi mengembirakan kau.

Tidak perlu tahu kesedihan yang akan aku pikul!

Dan,

Kau tidak akan mahu melihatnya.

Dan,

Kau tidak akan tahu langsung bagaimana sedih ini berulat!

Tiada gunanya aku menitiskan air mata, jikalau tiada satu saat pun kau ucapkan perasaan sayang!

Tiada gunanya aku berkasih sayang jikalau tiada satu detik pun kau sentuh muka ini dengan sentuhan yang boleh merenjatkan hati ini!

Kau hanya tahu, mencari kehidupan yang gelap.

Kau hanya tahu, mencari kepuasan yang kabur.

Kau carilah frekuensi yang kau mahu.

Semoga kau jumpa frekuensi yang kau hajati aku.

Aku berada di jalur frekuensi yang berlainan!



***
Apa yang kau mahu?
Apa yang kau dapat jikalau kau membunuh aku?
Apa yang kau peroleh?
Pendapatan lumayan?
Sebagai pembunuh jiwa?
Kau kaya dengan mencabut hati ini?
Aku mahu tahu!
Kau tidak akan sanggup berdiri seperti aku!
Pasti?
Kerana tiada kuasa kasih sayang yang akan membuatkan kau berdiri utk aku!
Kau mahu ingat akan kelibat busuk ini?
Tidak perlu..
Tiada yang unik..
Tiada yang indah utk ditatapi..
Malahan rupa ini terlalu hodoh utk ditatapi..
Tiada apa yang sedap utk dirasai dari diri ini..
Tiada yang enak utk kau kunyahkan..
Tiada yang kenyang utk kau hadamkan..
***
Berciciran...
Aku berlari...
Tertinggal...
Disitu..
Sendirian...
Sendirian aku keseorangan...
Kau mahu kutip aku?
Pasti tidak...
Kerana kau tidak mahu genggam tangan ini.
Aku senantiasa menunggu genggaman dari kau.
Biar, aku mati dilautan!
Biar, aku hanyut dipukul ombak!
Biar, aku mati tidak berkubur.

Tempik

Kau bertempik, merayu demi sekeping syiling besi.

Di sujud permukaan bumi itu bertalu-talu; telapak kaki memijak dipermukaan bumi.

Di lontarnya kepingan besi itu, bertali arus manusia melintasinya.

Demi sekeping besi mentah yg berbaki tanpa dikehendaki.

Tidak perlu diucapkan terima kasih, mereka tentu mempunyai hati yg mentah tatkala melintasi si penyujud bumi.

Mahukah kita jadi seperti mereka?

Diabaikan; demi mencari satu kehidupan yg tiada hala tuju.

Maafkan aku...

Manusia berteriakan, mencari destinasi yang dituju.

KEMANA!

KEMANA HALA TUJU MU!!!!

Tu!

Manusia itu senantiasa menyujud, merayu, dan tidak mampu berlari, tiada kaki untuk dialihkan.

Tetapi?

Dari mana ianya muncul?

Teruja aku melihat perbuatannya.

Kertas biru dilontarkan.

Disambut dengan ribuan terima kasih.

Lega perut itu mungkin berlaku selepas itu.

Kepingan besi; dahulu kala penuh dengan nilai kehidupan. Tetapi kini hanya air putih dan manisan kecil sahaja yang dibenarkan utk ditukar.

Dimanakah kehidupan?

Tidak keruan!

***
Agenda manusia,
Sibuk dengan aktiviti berjalan mereka.
Aku sibuk dengan aktiviti roda aku.
Tiada kaki.
Hanya roda.
Aku kehilangan, akal dan fikiran aku.
OBSESI!
Aku lihat dia sedih, linangan air mata yang tidak dipancutkan dari alur mata itu!
Aku tahu, sakit itu.
Aku pernah rasa sakit juga.
Jangan kau tutup hati itu wahai pari-pari bumi.
Jangan kau kejar cinta itu,
Ia tidak akan kunjung tiba.
Katakan kau tidak perlukan ia, nescaya ia akan datang melanggari mu tanpa sengaja.
Maaf, aku terlanggar kau.
Sebentuk senyuman senantiasa menanti di perhentian ini.
Wahai pari-pari bumiku.
Ingatlah,
Aku juga akan mati.
Aku juga akan ghaib.
Tetapi ia tidak akan berlaku dihadapan mata mu.
Kau tidak akan dapat lihat kekaburan yang setelah lama kau pahatkan.
Terlalu kabur.
Tiada ruang utk manusia lain.
Walaupun aku tahu, siapa aku?
Tidak mengapa.
Yang penting kau gembira ketika jasad ini menghampiri mu.
Aku bukan si penglipur lara yang mahu mencoret kemanisan pada bibir mu.
Aku bukan si sutradara yang melakarkan jalan cerita ini.
Aku hanya manusia kecil yang inginkan satu kehidupan yang bercahaya.
Kerana aku tahu, kau masih buntu dengan pencarian itu.
Kerana kau berjalan dengan mata yang buta.
Tetapi,
Tidak pada aku.
Si celik yang meraba cahaya kehidupan.

Bayangan

Bayangkan aku berdiri dihadapan kau,

Menanti dengan muka yang penuh dengan seribu tanda tanya.

Apakah kau akan berhenti memandang muka ini dengan sepenuh jiwa?

Atau aku hanya berangan diawangan.

Menanti jatuh disiang hari?

Terlalu terik mungkin jikalau aku senantiasa berada di awangan.

Masakan pula aku ini larat utk mengangkat jasad ini ke awangan?

Biarkan aku duduk sahaja dibawah ini.

Akan tetapi, kau mahu tatap wajah ini?

Tiada punya kehidupan.

Tidak punya kelebihan dalam pelbagai bentuk.

Mahukah?

Aku mungkin gila.

Biar aku gila, memang sejak dari kecil mental aku ini sesak dengan pelbagai ilusi.

Kadang kala berkata-kata sendirian itu normal.

Kadang kala aku memarahi manusia dunia lain itu normal.

Mahukah kau tatap aku?

Siapa aku?

Binatang tidak mempunyai perasaan?

Atau manusia yang berperasaan?

Aku cuba menyalak, gagal.

Aku cuba menjerit, gagal.

Tapi apakah itu gagal?

Tukar,

Tidak berjaya lebih sesuai.

Biar aku duduk didalam gelap ini.

Biar aku berenang didalam fantasi ini sendirian.

Kerana aku tahu kau tidak akan menatap wajah ini.

Dan biar aku simpan rupa ini didalam kocek aku.

Dimanakah aku layak berdiri?

Rumpai...

Siulan yang membunuh deria pendengaran ini, rasa kebas seluruh badan itu nyata dirasakan.

Manusia tidak akan kenal erti menghargai, kerana mereka senantiasa mencari sesuatu yang tiada pada pandangan kasar mereka.

Utk apa dihargai jikalau yang memberi itu hanya utk menjaga satu sudut perasaan utk seketika.

Tiada gunanya...

Perit rasa dipisahkan...

Tetapi mereka perlu merasakannya utk kegembiraan yang akan datang.

Dicelup didalam air yang masih, melambai-lambai kedunia yang luar.

Kehidupan diberikan pada makhluk lain, demi kesejahteraan utk mereka kecapi.

Kita merasakan ianya perlu dilakukan?

Demi mereka yang telah membahagiakan kita?

Kenapa aku tidak lalu memandang ke bawah?

Kerana bahu ini terlalu berat utk aku mencondongkan posisi tubuh ini.

Jangan sampai terjatuh tatkala mengangkat bebanan, kerana manusia ini bukan gagah utk bangun semula.

Biar dunia gelap selama-lamanya, kerana aku tidak mampu melihat segala kegembiraan mereka.


Terima kasih wahai kehidupan.

Tersadar

Tersadar dari mimpi gelap.

Cahaya kasih yang masih jauh utk dikejar, tiada dalam dakapan aku.

Awan hitam terang kelihatan, walaupun disubuh hari, terangnya bumi ini mungkin?

Aku menyakinkan diri ini masih tegap berdiri, ia masih mahu berdiri walaupun goyah.

Air putih keluar dari besi paip utk ditadah, dilumurkan pada permukaan badan aku ini, terasa sejuk menyengat hingga ke dasar tulang.

Menggigil aku keseorangan.

Rokok dinyalakan menandakan masih belum sampai waktunya utk berhenti.

Diteruskan, sedutan demi sedutan.

Berkumandang surah Yassin berterbangan di angkasa raya.

Bergema.

Aku ikut sedikit demi sedikit.

Akhirnya gagal utk mengingati segala barisnya.

Terdiam.

Sedutan diteruskan lagi.

Lalu aku terpaku, tekak ini meraung utk disalutkan dengan air yang sejuk.

Ah!

Sekali...

Dua kali...

Sudahlah wahai tekak! Perut memarahi.

Aku dah kembung ni!

Baik, baik aku dah lega.

Sapanya.

Tersandar aku dihujung kamar tidur, aku ingin kembali ke dunia ilusi aku utk 30 minit sahaja, mungkin.

Telapak tangan ini cuba memegang dinding konkrit dikamar tidur ini, panas terasa, bahang disampaikan secara terus menerus.

Apa itu?

Aku kepanasan.

Hanya utk seketika.

Dihentamnya dinding itu, tiada gegaran.

Terlalu kecil itu mungkin, tidak kuat itu pasti. Darah mengalir diseluruh pelusuk otak ini. Ringan kepala ini utk seketika.

Mata! tutuplah!

Pada dasarnya, aku tidak boleh melelapkan mata.

Pada permukaannya, aku mahu tidur!

Terima kasih wahai dunia ilusi.

Pintu sudah dibuka, masa utk aku pergi menemui kekasih ilusi aku.

Selamat tinggal dunia, dan terima kasih aku ucapkan kerana membenarkan aku memijak kau utk seketika.

Kaki sudah tiada dipermukaan bumi.

Kini ia dilunjurkan.

Mata ini mula dipejamkan.

Dan aku pergi dari dunia ini.


Aku kembali kedunia ilusiku.

Catitan 12

Catitan terakhir aku...

Mulai ini semuanya terserah,

Tidak perlu berjalan...

Hanya perlu merangkak...

Jikalau pilu utk dilihat, pastikan mata yang melihat itu kabur dari persekitaran yang ribut.

Jikalau tidak mempunyai perasaan, jangan kau kisah utk melihat walaupun dengan anak mata kecil!

Terserah...

Anak-anak kecil berlari, merangkak, dan ketawa riang.

Aku kecil?

Tidak boleh berlari, merangkak, mahupun ketawa riang ditatkala malam hari.

Hanya utk malam hari.

Siang hari, aku mulai lekatkan topeng wajah riang utk mereka tatapi.

Adakalanya topeng itu sudah busuk utk dipakai.

Lalu dibuang...

Aku perlu menyingkirkan segala derita ini.

Biar Tuhan sahaja membalas apa yang telah aku lakukan, dan apa yang mereka telah lakukan.

Tiada harapan diletakkan diatas segala perbuatan yang dilakukan.

Aku hanya tertarik pada sinar bintang.

Bukan pada terang bumi.

Tangan ini ibarat batu konkrit yang berat.

Dan, ini adalah catitan yang ke-12 utk anda tatapi.

Ia akan dikuburkan didalam dunia maya ini.

Dunia ilusiku sudah penuh!

Mungkin selepas ini tulisan ini akan mula berubah, berubah dari segi rupanya.

Berubah dari kedudukan asalnya.

Dan,

Aku mahu mereka rasa apa yang aku rasakan.

Aku mahu mereka hidup seperti aku hidup selama ini.

Aku mahu mereka sakit seperti mana aku menanggung sakit ini.

Tapi adakah ia akan terjadi?
Benarkan aku menghirup udara segar seketika.

Catitan 11

Memanggil malam ditatkala siang,

Perut berbunyi tanda riang?

Berlari-lari mencari ketenangan, senyuman manis pengubat kepahitan hidup. Tapi siapa mereka?

Utk apa mereka ketawa?

--------------

ajoy gila..
Gila kenapa..?
Gilakan saya..

Catitan 10

Aku menanti.

Aku jenguk diluar tingkap.

Tiada satu barisan huruf yang aku nantikan.

Tapi, jikalau aku.

Beribu-ribu huruf dan kata-kata dilemparkan utk ditatapi oleh aku.

Aku cuma menanti.

Tabah sahaja.

Kerana aku adalah yang perhentian terakhir yang akan disinggah.

Namun begitu.

Perhentian ini akan roboh juga satu hari nanti.


Aku juga mahu rasa disayangi.
 
Coretan.net Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template