Terkatup, segala pengertian.
Tiada coretan utk dipahatkan pada batu-batu pantai.
Tiada lakaran pasir pantai utk aku buat masa ini, tiada ruang utk aku menembusi segala pahit manis itu.
Tiada buat diri aku.
Tiada keperluan, tiada kepentingan utk diri yg tiada maksud ini.
Tidak cukup, sifat manusia.
Tidak puas, sifat manusia.
Aku juga mahu bersifat tamak, tetapi tidak perlu.
Mengapa?
Kerana ruang utk aku terbang tiada lagi.
Jiwa kata, duduk!
Aku duduk.
Jiwa kata, sentuh.
Aku sentuh.
Maaf, ia berdarah.
Tidak mengapa, kerana aku akan menyapu, mengeringkan segala darah itu.
Tidak mengapa, kalau kesannya melekat pada aku.
Kerana aku mahukan kesan itu buat tatapan hidup aku pada masa yang akan datang.
Rentetan kata...
Tembakan demi tembakan aku lepaskan pada jiwa ini, maafkan aku wahai jiwa.
Kerana aku mahukan dia.
Aku tidak kisah jikalau kau berdarah wahai jiwa, kerana dia akan mengubatinya.
Aku tidak kisah jikalau kau berhenti bernafas wahai jiwa, kerana dia akan bernafas utk aku.
Mengapa?
Kerana aku mahukan dia.
Kata jiwa, kau mahukan dia?
Mengapa?
Kerana kau memerlukan dia wahai jiwa.
Cerita dongeng direka utk tatapan sikecil utk tidur.
Cerita ini dipahatkan utk tatapan si-jiwa bangun dari tidurnya.
Cuba kau sapukan 1001 ubat utk jiwa ini, pasti tiada pulihnya.
Kerana ubat yang ke 1002 itu ada pada kau.
Cuma, kau perlu terbang utk pulih.
Aku cuma perlu diam utk menatapinya, aku tidak perlu terbang bersama.
Kerana aku tidak mampu melakukannya.
Jasad ini terlalu berat utk terbang, tiada sayap utk dikibas.
Sayap aku sudah aku pinjamkan pada mu.
Cuma yang aku ada, adalah semangkuk doa yg aku tadahkan utk kau terbang.

Aku hanyalah sebentuk doa.