Kata aku

Kata hati itu bisu.

Kata mata itu celik.

Kita tidak sedar dari sudut ke-egoan manusia yg mahukan kepuasan hanya pada satu sudut.

Tetapi tidak bersudut-sudut (bercabang-cabang).

Utk mengembirakan orang lain adakalanya kita perlu mengorbankan perasaan dan kegembiraan sendiri. Demi utk seseorang yg kita sayangi, mungkin kita hanya perlu melihat mereka senyum sudah memadai.

Tetapi tidak aku.

Aku tidak kisah akan keadaan sekeliling.

Kita hanya perlukan satu objek yang tajam utk menguris hati kita sendiri, berdarah; merah. Kongsi darah itu bersama teman bersebelahan anda, hanya aku akan terasa sakit. Tetapi tidak pada teman itu. Mungkin terlalu memikirkan kegembiraan orang lain aku jadi buta.

Buta hati..
Buta perasaan..

Bila bersedih, aku hanya perlu tahu utk tunduk dan diam.

Bila gembira, aku hanya perlu tahu utk sepetkan mata dan senyum.

Aku tidak kisah akan apa yg mereka perkatakan, asalkan teman disebelah aku itu gembira dan selesa.

Kita mungkin sedih, kita mungkin terguris, kita mungkin cemburu, kita mungkin menangis.

Tetapi apa jua keadaan kita.

Berpautlah pada satu frasa.

Kegembiraan mereka adalah sebahagian dari cahaya kegembiraan diri kita.

Titik

.

Titik.

Aku cemburu.

Aku seorang?
Berdua lebih baik?
Atau bertiga lebih afdal?
Mungkin berempat?
Hah?
Siapa lagi seorang?
Perut aku mungkin?
Hahaha..
Terbantut niat utk bersedih.

Sperma

Macam mana sperma terbang di angkasa?

Kena pakai "Space suit" ka?

Tak pelik pula?

Habis itu?

Sperma tak ada tangan ngan kaki?

Hah?

Kena la cipta "Space suit" utk dia.

Aku ketawa besar.

Terang

Cantik itu kabur...

Manis itu busuk...

Lambaian itu panggilan...

Tendangan itu ucapan...

Tamparan itu semangat...

Ucapan terakhir tidak mungkin bernoktah, sambutan kata-kata dilirikan dengan senyuman manis.

Ucapan terima kasih berterbangan melambai-lambai diri si pencoret.

Kata dongeng itu indah.

Kata manis itu masam.

Kata terang itu silau.

Kata kau itu segalanya.

Ah sudah!

Tidak mungkin emosi bercampur baur dengan bau-bau sampah yg berguling-guling di permukaan lantai itu.

Kini kau gembira.

Lebarkan sayap mu, terbanglah! Melepasi langit biru itu..

Aku tersenyum.

Mari berceritera

Sejenak aku menghirup kuah kari yg penuh dengan biji kas-kas itu.

Aku disapa.

Adik, boleh jagakan barang abang ni sebentar tak. Abg nak pergi solat.

Lalu...

Tersembul perkataan yg normal, "baiklah"

Lalu sesudah mengketedarah segala pelusuk makanan yg melekap diatas pinggan itu, abg itu kembali semula ke posisi asalnya.

Kemudian, satu ayat penyata seperti biasa (aksi nak mulakan perkenalan).

Abang dari mana?

Oh, abg dari Damansara tadi, ni tgh tunggu kawan. Duduk kat seberang jalan sana sahaja, tapi gila lembab nak sampai.

Ketawa, hahaha.

Mungkin "traffic jammed kut".

Hehe..

Lalu dibukanya cerita yg penuh dengan kepeningan,

Cuba kalian bayangkan kita ni ada RM10, 2 ringgit kita bayar ke bank, 3 ringgit utk rumah, tinggal 5 ringgit. 5 ringgit itu kita guna 2 ringgit utk simpan. Tinggal 3 ringgit, 3 ringgit tu la kita pakai hari-hari.

Mengeluh.

Tiada putaran duit langsung sekarang.

Mengeluh lagi..

Aku naik bingung, dasyat juga org berumur ini.

Rupa-rupanya, kesimpulannya.

Simpanlah duit selagi kau orang mampu, kau orang pun masih muda. Badan sihat, kumpul harta kalau mampu, jgn membazir tak tentu hal.

Aku terpingga.

Uh! Aku seorang pembazir!

Beliau berkata, jikalau sudah ada motor selepas itu kereta, selepas itu rumah.

Jangan pakai motor esoknya tukar motor, esoknya lagi tukar lagi. Tiada perubahan. Masih ditakuk yang sama.

Betul juga ya?

Dasyat sungguh org berfikiran DUIT ini. 24jam duit bergelimpangan diruang-ruang otak.

Di ruang-ruang otak remaja seperti aku hanyalah terukir "KEPUASAN"

Aku sendiri terfikir, aku juga kumpul harta, bak kata puraizal. Aku beli baju, aku beli kasut. Itu tak kira harta jugakah?

A'a.. Hartalah kut?

Hah! Bingung!

Esok sahajalah fikir, aku mahu pulang!

Mari!

Ribut

Dalam mimpi yang berpeluh, menjelma satu rangkaian manusia yg berimej seperti permukaan air.

Berkocak-kocak, bergetaran dihembus oleh bayu angin.

Sampai akhir waktu ianya bergetaran, tanpa mengira masa dan keadaan. Masakan pula ianya akan berhenti?

Tidak...

Kerana bumi berputar tanpa menghiraukan manusia yg berjalan dipermukaannya.

Lantas aku menghampiri kocakan itu. Tergamam aku utk seketika. Ianya bukanlah diri aku, ianya adalah satu lembaga hitam yg berlumuran darah, ia menghulurkan tangan utk bersalaman. Aku enggan, tidak! Tapi tangan aku dengan sendirinya menyentuh tangan lembaga itu. Ia disatukan menjadi satu bentuk yg hodoh! Satu bentuk yg dimanipulasi menjadi satu objek yg keras! Yang padat!

Malangnya..

Ia rapuh, kerana tiada darah utk diputarkan didalam badan ini. Kaku, terhenti nafas aku. Kini aku disatukan dengan jiwa yg tidak bergerak.

Inilah dipanggil tragedi..

Dalam bentuk yg berubah-ubah ini aku mendekati manusia-manusia yg berkeliaran, mereka tidak kenal akan objek yg berdiri disebelah mereka itu!

Bangsat! Mereka tidak kenal akan kelibat aku yg berdiri ini!

Terkulat-kulat mulut aku memaki diri mereka, alangkah sedihnya aku berlalu dengan rasa kosong.

Tiba-tiba, setitik darah jatuh di atas telapak tangan aku, transformasi diri aku kini kelihatan! Aku berubah menjadi angin yg lembab.

Daging-daging kering aku berubah menjadi wap air, sedikit demi sedikit ia mengelupas, berterbangan di awangan, lalu ianya pecah menjadi cebisan air dan terus bertukar menjadi wap. Kelihatan wap yang merah itu berkumpul di awangan.

Aku adalah manusia yg bergabung bersama 2 elemen angin dan air. Kini aku bebas bergerak tanpa memerlukan pergerakan yg normal. Aku meniti segala bentuk diri aku di udara itu, kelihatan seperti kelibat jembalang berterbangan.

Manusia ketakutan, lantas berlari mereka bertempiaran dipermukaan bumi itu, mereka masih tidak kenal akan kelibat yg berterbangan itu adalah aku!!

Aku ingin perubahan ini tidak kekal...

Aku mahukan daging-daging aku bercantuman semula tanpa luka-luka yg aku lalui ini.

Tetapi ianya tidak berhasil!!

Terketar-ketar aku berterbangan melewati pelbagai sudut bumi manusia..

Tiba-tiba...

Di hadapan aku angin bergumpalan dengan hebatnya, berubah menjadi satu ribut yg kencang, seperti memanggil aku menyertai gumpalan itu.

Aku takut..

Tetapi keinginan aku bertanya, apa yg ada di dalam itu?

Aku mendekatinya, dan kelihatan diri aku bersatu dengan ribut itu, ia menarik-narik segala wap-wap merah, sedikit demi sedikit, aku teriak kesakitan!

Ia sudah terlewat, aku ditelan oleh ribut itu! Aku dikelar-kelar oleh angin hitam itu, jasad aku berubah menjadi satu kubik kecil yg menghempas permukaan bumi.

Bersepah!

Berakhirlah..

Segala-galanya, transformasi ini berakhir.

Aku ini statik di permukaan itu.

Mendongak ke langit.

Berderai

Kelopak jatuh ke muka lantai.

Berteraburan butiran-butiran hitam.

Aku terpaku...

Sedih menjelma.

Aku tau kau tabah.

Senyuman

Kulit ku di coret dengan pena merah...

Contengan terpahat..

Ia terpadam,

tetapi tidak pada diriku.

Terima kasih di atas coretan itu.

Nukilan Mati

Mati, di buang?

Mati, di tanam?

Jikalau lusuh, mereka tidak peduli.

Jikalau ianya sudah mati, mereka tidak mahu melihat akannya!

Jikalau ianya tidak wangi, siapa yg ingin menciumnya?

Tampak nyata, kita ini hanya pencinta dunia fizikal. Luaran; zahir. Tiada siapa yg ingin mengenang akan sesuatu yg lusuh, sesuatu yg sudah mati, sesuatu yg tidak lagi berseri seperti dahulu kala.

Sayu, si mati itu! Merayu, disayanginya semula, menjerit utk perhatian. Tiada siapa yg memandang akan kewujudannya.

Tapi, aku adalah pencinta dunia yg lusuh, yg mati. Kerana, keunikan sesuatu yg mati itu kekal, dan ianya statik, tiada perubahan. Dan, ia tidak akan berganjak dari keadaan itu kepada satu bentuk yang lain.

Dan,

Ia akan berkekalan sehingga aku pula yang mati.

Terima kasih di atas bunga mati itu.

Nukilan Si Mati

Aku tidak tahu akan pemergian aku ini tiada ruang utk menoleh semula.

Aku tidak sedar akan peninggalan aku ini adalah peninggalan yg hakiki.

Aku tidak perasan akan lambaian terakhir aku itu tidak dapat dilihat oleh sesiapa-pun.

Dum.. Dum.. Dum..

Aku mengetuk dinding,

Aku fikirkan ianya adalah dinding rumah aku! Tetapi setelah aku perhati dengan anak mata aku, ianya adalah dinding yg bertatahkan tanah!

Aku bingung!

Apakah aku gila?

Aku terkesima.

Aku teriak...

Anak tekak aku memaki diri aku sendiri.

Aku diam.

Aku tidak ingin ucapkan apa-apa.

Kemudian, terdengar suara yg menyebut namaku. Aku bingung, masakan tiba si penyebut itu kenal akan diriku ini. Aku memasang telinga pada deruan suara itu, aku terdengar tangisan.

Mengapa tatkala nama aku disebut tangisan menyambut?

Kemudian, kedua tubuh aku seperti tidak bergerak.

Aku terkejut!

Aku sudah tiada lagi, suara yg menyebut nama aku itu adalah talqin...

Aku sedar akan permergian aku ini bersifat kekal.

Dinding yg aku ketuk itu adalah dinding rumah kekal aku.

Lambaian terakhir aku adalah lambaian tangisan buat mereka.

Aku di sambut dengan titisan-titisan air mata, dari mereka.

Selamat tinggal dunia...

Aku kini akan menempuhi alam baqa', kekal sehingga hari perhimpunan.

Aku tidak akan kembali, aku tidak akan bergerak didalam bumi yg nyata lagi.

Kerana, aku berada di dalam perut bumi yg penuh dengan pelbagai kehidupan.

Kini...

Benarkan aku baring di kamar tidur aku yg tidak bertilam, tidak berbantal.

Aku sudah tidak mampu bergerak lagi.


Izinkan aku melihat kau utk kali terakhir.

Nukilan Hanyir

Busuk, jijik, berlendir.

Digendong, sehingga ke hujung jalan.

Tanpa rasa malu aku meneruskan perjalanan, kerana ianya lutsinar!

Aku tidak peduli akan angin busuk itu.

Sampai, bertongkat.

Patah, atau retak.

Aku tidak mahu berlendir seperti barang yg aku gendong itu. Hanyir itu meloyakan, muntah itu wajib.

Menitis, seperti air mata.

Sedikit demi sedikit, pekat!

Tidak mungkin?

Ianya darah...

Badan aku masih menggeletar hingga ke hari ini.

Nukilan Hitam

Melodi hitam...

Menanti di dalam ruang yg senyap, tapi yakni gelap!

Hembusan darah hitam, melewati hujung jariku.

Kelibat mu hanya dapat aku perhatikan dari jauh, aku tiada fizikal.

Titisan air mata, hanya panorama selepas bah.

Aku meratapi segala kemenangan si cerah, menatap segala pelusuk tubuh maya aku.

Kemana arah aku?

Wahai melodi hitam,

Berdesup telinga aku mendengar rintihan suara gelap kau.

Kembalikan nafas dan tubuh aku.

Aku ingin menyentuh permukaan kulit aku.

Tetapi...

Aku tidak terdaya.

Aku menggigil tatkala jantung aku menggeletar.

Nukilan kaca.

Simfoni berlegar-legar di ruang minda, memerhatikan deria-deria sentuh menyentuh segala permukaan.

Taajal aku berlari kearas yg lebih tinggi.

Memandang ke bawah.

Menaakul, bahawasa ianya tinggi dari permukaan bumi.

Setiap taazur dihadapi sebagai satu ujian, apakah ianya di panggil sekatan?

Pastinya tidak!

Segala taazur itu mendabak sepantas kilat, aku mungkin terdadek, tapi utk seketika. Kerana langkah aku terlalu lebar, terlalu pantas utk di kejar. Kabeh makian bertempiaran; bersepah! Melekat ke muka si penerima makian.

Tidak perlu gusar, wahai si penerima.

Kerana kau hanya pantulan dari imej ilusi aku!

Kau cuba membunuh fikiran aku, tetapi kau tidak berjaya, maakul kerana kau ingin membunuh maakulat aku!

Meronta-ronta kau seperti terkena sawan babi.

Maaf,

Had utk kau bergerak berakhir di noktah itu. Berhenti! Aku kata berhenti! Jangan kau lompat dari sempadan kewarasan kau. Segala sihir itu lumat di kunyah oleh telapak tangan kasar ini!

Kebaktian, kesetiaan, hanya seperti hablur-hablur yg di lontar oleh angin-angin bumi! Air liur kau seperti virus-virus yg menggigit kekuatan badan manusia. Tiada pelindung, kau bogel ibarat zarah tidak berpakaian. Tiada badan, tiada kaki, nyata tiada akal!

Kau hilang di dakapan aku!

Aku lupa! Kau hablur!

Bangsat...

Mencarut!

Hah!

Aku diam...

Ingin aku tekap muka aku ke-dimensi lain.

Nukilan karat.

Biru, putih...

Cerah...

Indah.. Jerit suari hati yang letih mencuba segala kehendak duniawi.

Mohon utk berehat sebentar tanpa memikirkan apa yg akan berlaku seterusnya, dulu keseorangan, tapi kini bertiga. Terbawa ke dunia yg penuh dengan warna-warni tanpa menghiraukan masalah yg bakal menimpa.

Tak bisa menempuhi ranjau-ranjau yg kelat.

Tetapi kemahuan mendesak utk melanggar segala, sekatan di akal yg bebal ini.

Melabuhkan segala lara yg terbenam didalam denyutan nadiku, kembali disini utk menuai rasa ingin melompat dari permukaan yang tinggi, terhempas, terjelepok mungkin? Terlentang lebih sesuai.

Berjalan didalam gelap menggunakan mata ketiga adalah satu keajaiban yg tidak boleh dilakukan oleh sesiapa yg inginkannya dengan segera, tetapi kehendak itu melampaui permikiran yg tidak normal, lalu menghubungkan mata-mata yg terbenam didalam badan-badan manusia.

Adakah itu kemahuan kita?

Pastinya tidak.

Apakah kita melawan hati tanpa menghiraukan keadaan sekeliling?

Apakah kita tidak menghiraukan pendapat orang lain?

Mungkin ya atau tidak.

Sepi

Bunyi beeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeepppppppppppp...
Melintasi gegendang telinga aku.

Gelap...
Kornea mata aku terhempas pada warna hitam.

Kini..

Aku terpaku.

Khayalan

Bumi itu mungkin bukan sfera, mungkin ianya petak.

Mengapa aku berkata-kata seperti tiada logik di mata kau semua?

Kerana ini adalah dunia aku!

Ia dipanggil dunia imaginasi, segala-galanya BOLEH, tiada yg mustahil jikalau kau berada di dalam imaginasi kau sendiri. Tetapi sempadannya terletak pada pembaziran waktu pada dunia yg nyata.

Mengapa manusia gemar berangan-angan?

Manusia mempunyai kebolehan membentuk satu imej mental tatkala mereka berfikir atau berangan-angan, ia terbentuk dengan sengaja atau tidak sengaja. Disini nyata akal kita boleh dikawal dengan memberi arahan supaya imej itu terpapar pada skrin lutsinar kita.

Kita boleh lihat bagaimana pelajar cuba utk membayangkan formula-formula atau ayat-ayat yg tercatit didalam nota mereka, itu dikategorikan sebagai pemahaman didalam ilmu pengetahuan, dan ia juga tergolong didalam proses pembelajaran yg lebih efektif.

Imaginasi boleh diperkuatkan lagi dengan cara bercerita, tidak kiralah ianya dogeng atau pun cerita yg benar, dari situ kita cuba mengingati jalan cerita itu, watak-watak itu, dan tidak langsung ia akan mengambarkan cara pergerakkan pada setiap watak yg diceritakan itu.

Tetapi tidak pada khayalan jenis paksaan, atau khayalan yg di cipta dengan cara mencapur adukkan bahan-bahan yg tidak boleh diterima pakai oleh badan sendiri, kerana itu adalah satu jenis khayalan yg menghakis akal yg tajam ini, makin lama ia dihakis, reput, rapuh, dan akhirnya tidak berfungsi lagi.

Itu yg dipanggil nikmat berkhayal?

Pastinya tidak..

Aku lebih gemar berkhayal dengan cara bercakap seorang diri, kerana aku lebih selesa mencipta imej-imej mental tanpa diganggu oleh sesiapa pun.

Mencipta dunia khyalan tanpa didalam keadaan yg sedar itu adalah tidak berguna, kerana kita tidak dapat mempelajari apa yg dikhayalkan itu, kita tidak ingat. Ibarat otak itu tidak berfungsi utk seketika, yg bergerak bukanlah akal. Tetapi anggota-anggota badan yg tidak dapat dikawal oleh otak kita. Buruk padahnya jikalau kita tidak dapat mengawalnya dengan sempurna. Tidak waras itu lebih sesuai dengan situasi ini.

Mereka mencipta sebuah ruang yg gelap, tiada ruang, tidak boleh bergerak, tetapi mereka tidak sedar akan setiap pergerakan yg dilakukan itu.

Mengapa?

Kerana badan mereka mengapkir (ditampik) segala benda yg dimasukkan kedalam badan, kerana ianya tidak mempunyai kepentingan utk badan, tetapi ia dihadamkan dan lalu ia berjalan-jalan di salur darah dan berhenti di otak kita yg memerlukan darah yg banyak setiap hari, disitu segala alat bantuan khayalan itu mengadaptasikan imej-imej yg tidak diperlukan, segala kotak-kotak fikiran berubah menjadi satu televisyen yg rosak.

Segala pemancaran gambar bergerak terhenti, seolah-olah kita berada di dalam ribut, dan siaran Astro tergendala. Sama sahaja, satelit tidak dpt menyampaikan gelombang itu ke alat penerima.

Tetapi anda perlu berhati-hati ketika berkhayal, jangan biarkan khayalan itu di bentuk menjadi sebuah angan-angan atau benda kosong, aku mengklasifikasikannya sebagai sampah. Dan, lebih teruk lagi ianya boleh diklasifikasikan gila, jikalau seseorang itu berada diluar batasan permikiran mereka.

Jiwa kosong.

Mkay...

Nukilan ini ditulis khas utk adik aku (mkay) yg sedang seronok menghabiskan sisa-sisa kehidupan beliau sebagai seorang pelajar yg kecil. Dan, nukilan ini ditulis utk beliau kerana berjaya hidup selama 17 tahun sebagai seorang manusia.

Sepetang kau berlari meninggalkan kabus gelap,
Sepagi kau berlari memotong kehinangan malam,
Kau masih berdiri,
Walaupun onar berdesup-desup melintasi kau,

Tabah...

Pesanan ku kepada mu,
Kaki mu kelihatan kecil,
Tetapi itu FIZIKAL!
Jangan kau kisahkan bertapa luasnya tapak kaki kau,
Kisahkan bertapa luasnya ilmu di akal kau,

Dongak...

Kelangit,
Lihat!
Luas,
Lapang,
Putih,
Cerah,

Lihatlah...
Jadilah seperti langit itu,
Terbentang luas meliputi permukaan bumi,
Menerangi kehidupan manusia.

Aku disini senantiasa mendoakan yg terbaik utk mu.

Terkesima

Kesinambungan dua akal manusia yg berlainan genetik ternyata tidak dapat memadam api kemarahan yg dilakukan oleh minoriti masyarakat Islam.


video


Aku dengan rasa kecewanya, jikalau kita dilabelkan sebagai seorang PENJENAYAH dunia..

Siapakah mereka? Apakah mereka itu baik dari segala perwatakan. Tetapi, aku sendiri telah diajar utk memaafkan segala kesalahan, tetapi kemaafkan ini adalah secebis dari berjuta-juta manusia yg hidup dimuka bumi ini.

Jikalau aku dilabelkan sebagai penjenayah, SILAP itu lebih mudah utk digamkan keatas muka mereka.

Aku dengan pantasnya akan membaca doa ini.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan selain engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
Ia adalah pelindung dari kesulitan didalam berbagai sudut. Kita diberikan dua akal yang waras, jikalau kau merasakan kekejaman itu adalah dalam bentuk MAJORITI, kau sendiri salah. Mengapa manusia dicipta berbagai-bagai, kerana keunikkan pada setiap manusia itu sendiri menjadikan ianya lebih menarik. Kehendak, dan keperluan pada setiap manusia mungkin sama, akan tetapi setiap kemahuan itu dan cara berfikir adalah berlainan. Konsep kehidupan yg dipaparkan oleh FITNA itu amat tidak menonjolkan keISLAMAN, ianya hanya video yang ingin membangkitkan kemarahan dan kenangan perit yg dialami oleh manusia bukan ISLAM.
Wajar atau tidak?
Jikalau disalah tafsir, beginilah jadinya. Jangan kau lihat kulit buku itu cantik, maka isi kandungannya berbunga-bunga.
Tidak sama sekali!

Jangan takut pada kami, kami tidak mahu mengapa-apakan kau orang, cuma jangan disekat kebebasan seorang manusia. Setiap yg di wahyukan itu perlu ditafsir dengan sebaik-baik akal manusia, jikalau disalah tafsir, ia akan memakan diri sendiri.
Dengan nyatanya didalam video diatas itu, mengajak kita sama-sama membuka topeng utk seketika, pandang! Lihat! Tatap! Lihat mata mereka, kenali mereka! Tidak susah utk mengenali seseorang, dengan hanya menggunakan pertuturan yg telah dihadiahkan oleh Tuhan, jgn kau bebalkan akal kau dalam melihat seseorang itu secara luaran. Dalaman itu adalah halus utk dilihat, jgn di paksanya keluar.
Beliau sendiri menerangkan tiada paksaan utk mendengar secebis ayat al-Quran itu, betapa indahnya Islam itu, tiada paksaan.
Lembutnya kata-kata manusia itu, ia melambangkan bertapa lembutnya agama yg aku anuti ini, media sering kali mengembar-gemburkan perihal-perihal yg kecil, mengapa mereka tidak mengembar-gemburkan hal dari manusia yg beragama selain dari Islam? Apakah Islam itu satu keburukkan? Apakah Islam itu satu agama yg kotor?
Tidak sama sekali...
Ubah persepsi padangan kau utk seketika, jangan kau rosakan rumah org lain sedangkan rumah kau sendiri tidak kukuh, jangan kau rembat tiang seri rumah yg kukuh itu, sedangkan yg bergegar adalah tiang rumah kau sendiri. Cukuplah penghinaan dari pelbagai bangsa kepada agama aku, kini kau mahu menebalkan kebencian itu.
Bangkitlah! Wahai manusia-manusia keji, jangan kau meniarap diatas lantai yang kotor. Angkatlah kepala kau itu! Lihatlah kami! Bagaimana kami berdiri dengan dua kaki yg dikurniakan oleh Allah. Lihatlah kami! Bagaimana kami menguruskan kehidupan kami tanpa syak wasangka pada manusia yg bukan Islam, lihatlah! Bertapa luas tapak tangan kami menerima segala pandangan kalian!
Aku tidak akan senyap sampai bila-bila.

Kepanasan

Prolog: Mengewap kuah yang panas, dicelur dengan kepingan-kepingan roti yg enak di santap. Ibarat hidangan diraja, tetapi hanya hidangan jalanan yg hanya bernilai RM3.50 sahaja. Diratah, tanpa perasaan kasihan, aku hanya kasihankan perut aku yg lapar sahaja.

(i)
Melodic sungguh bunyi jalanan ini, derupan tayar-tayar kereta mahal membaham batu-batu jalan. Dari rupa yg rata, muncul kerak-kerak yg tidak ingin di tatapi oleh pengguna jalan. Tapi aku tidak kisah dengan kerak-kerak ini, kerana ia ibarat manusia yg sering kali dilanggar oleh pelbagai rintangan.

Makin lama ianya makin tajam.

Si penurap jalan hanya kisah pada lubang! Tetapi tidak kisah pada jalan yg sudah lusuh di makan tayar buatan Jepun itu!

Aku kisah! Daging-daging aku penah di baham oleh batu-batu tajam itu! Tempurung kaki aku ini di ratah dengan hebatnya! Tetapi tiada siapa yg kisah!

Si penurap jalan...

Pergilah kau!

Rembatan angin malam menyerikan lagi kerlipan lampu-lampu jalan yg usang itu, tertera di tiang itu TNB, tetapi mengapa ia berkedip!

Si penukar lampu jalan...

Pergilah kau!

Tiada yg lebih indah dari mengecapi sup buatan tangan kaum mamak itu.

Selamat tinggal dunia.
 
Coretan.net Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template