Saat..

Suatu masanya, apabila diatas kita akan dipandang tinggi.

Suatu masanya, apabila dibawah kita akan dipandang hina.

Tapi apabila ianya terkubur, siapa yang mahu mengingati kita?

= tiada.

Hampir seluruh badan aku gagal berfungsi sepenuhnya, asap rokok mula kelihatan seperti kepulan asap kilang yang melobos ruang udara bumi ini. Sungguh tebal! Di kornea mata aku seperti ada satu lapisan yang mengaburkan pandangan ini. Jantung mula pantas, setiap denyutan kedengaran dilubang telinga aku.

Lantas, aku terjatuh diatas lantai untuk seketika.

Kini aku tidak punyai apa-apa...

Kekosongan mula menghantui aku...

Mereka mahukan yang terbaik, manusia yang tidak lengkap ini dibiarkan terkapai-kapai didunia yang penuh dengan kekejaman ini. Mereka peduli?

Tidak...

Mengapa?

Kerana aku hanya orang asing buat mereka, jikalau satu kesilapan datang menimpa. Pasti mereka salahkan diri ini sehingga aku tumbang menyembah bumi. Apa mereka mahu? Mahu aku sembah kaki mereka dan merayu?

Aku lupa, aku tidak punyai maruah.

Makhluk kecil ini hanya menumpang kasih. Kerana itulah aku dipandang rendah. Wahai dunia fantasiku, benarkan aku pulang semula ke alam itu. Aku rela berhalusinasi. Kerana aku tidak diperlukan lagi buat mereka, kerja aku sudah tamat.

Terima kasih diatas segala pengalaman cinta itu.

Terima kasih diatas segala sentuhan itu.

Terima kasih diatas layanan baik itu.

Terima kasih diatas segala senyuman itu.

Terima kasih diatas segala-galanya...

Hati.

0 komentar:

 
Coretan.net Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template