Buangan...
Berapa ramai telah aku buang?
Ramai...
Kini aku dibuang...
Pasti datang semula kata-kata buangan itu...
Kini, ia ditukarkan kepada perbuatan...
Lebih perit aku rasa...
Dahulu kala tiada janji ditepati...
Kini janji datang membunuh aku...
Aku pasti...
Dilontar dari bumi ini...
Mereka mahu ia terhenti...
Aku mahu ia berlalu...
Tiada kata-kata manis..
Aku tidak mahu...
Terlalu perit...
Dunia oh dunia!
Mati kau dunia. Aku pun mati.
Mereka tidak faham, apa yang mereka faham keperitan untuk hidup sendirian menempuhi pelbagai rintangan. Apa yg mereka faham? Kegembiraan? Apa yg mereka tahu tentang kegembiraan? Apa mereka tahu bagaimana untuk mengecapinya? TIDAK!
Kerana kegembiraan mereka peroleh itu datang sekelip mata, dipetik. Ia muncul! Pegang! Pasti melecur. Kemudian mereka mengatakan ianya bukan kegembiraan. Rumit!
Apa mereka merasakan seperti mana mereka yang telah hidup lama menikmati segala kepedihan dalam setiap sudut kehidupan? Mereka mahu yang terbaik, yang lembut, yang menarik. Tetapi..
Mereka sepak, mereka terajang setiap keburukan. Ibarat mereka itu hanya menerima kecantikan. Apa perbuatan mereka itu akan mengubah setiap kejadian? Apa mereka salahkan masa lampau demi menutup perbuatan mereka yang merasakan tiada apa-apa pada manusia lain.
Apa manusia lain tidak punyai hati? Apa manusia lain pasti berperasaan seperti kau? Herdiklah segala kegagalan yang kau terima, herdiklah segala kesalahan mereka. Apa kau tahu bagaimana untuk memperbaikinya?
Apa batu boleh dihentakkan bersama-sama batu-batuan yang lain? Pasti pecah berderai. Boleh kau satukan ianya semula. Pasti tidak. Dan pasti kau keliru dengan setiap rekahan, setiap pecahan yang telah kau hentakan. Boleh kau satukan ianya semula?
Larilah sejauh mana pun, pasti ia tidak akan bersatu semula.
Kau herdik keburukan, tetapi kau keja keburukan itu sendiri. Apakah hati itu buntu?
Buntu kerana perbuatan sendiri, apa ubat yang boleh mengubatinya?
Ada!
Di farmasi.
Farmasi dimana?
Di dalam akal mu.
Adakalanya, kita perlu melampaui batas perbuatan yang kita hadkan demi untuk kehidupan yang penuh dengan kasih sayang! Adakalanya, berkorban itu perlu pada setiap perbuatan didalam hidup. Kerana ia akan mengajar mereka atau aku sendiri bahawa hidup ini bukan pada satu kepentingan diri sendiri sahaja. Bahawasanya ia adalah kepentingan bersama.
Jikalau diabaikan kepentingan itu pasti ia akan berakhir begitu sahaja. Ia akan mati, cubalah kejar semula pasti jalan buntu yang kau jumpa.
Perit mata memandang, pedih lagi hati yang menanggungnya.
Kerana kebutaan itu mereka mati ditengah lautan kehidupan.

0 komentar:
Catat Ulasan