KeJADIan

Aku melihat seorang wanita..
Duduk di tepi dinding.. dengan wajah yang kering..
Kekecewaan jelas terpamer di wajahnya..
Dia menarik nafas di dada.. terlalu sesak dan seksa..
Apakah sebenarnya penderitaan dia?

Dia menghidupkan sebatang rokok..
Menghembus asap yang paling dalam.. seketika ku lihat dia tenang..
Seperti asap-asap itu telah membawa kesakitannya..
Terawatkah kelukaan yang dirasainya ?

Aku menggeleng perlahan..
Bukankah rokok itu berbahaya kepada kesihatan?
Tidak membaca kah dia.. tidak ada television?
Tidak tahukah dia apa yang bakal dideritainya andai
asap sial itu terus-terusan masuk dan keluar dari paru-paru?

Ku lihat di satu sudut.. suaminya menunggu dengan penuh setia..
Penuh kasih sayang dan cinta..
Damai sahaja wajahnya.. Seperti tidak pernah berlaku apa-apa..
Sekilas ku lihat terlalu sempurna..
Tiada masalahkah mereka?

Di satu sudut lain.. seorang anak kecil .. comel dan mungil..
Sedang bermain riang.. Anak kecil yang tidak tahu apa-apa..
Baru mengenal dunia.. Merengek-rengek manja..
Dia menghampiri wanita itu.. menarik-narik tangan seorang ibu..
Ingin dibawanya pulang.. mahu memeluk dan menyusu..
Seperti selalu..

Ku lihat wanita itu terus-an membatu..
Tiada reaksi.. tenggelam dengan dunianya sendiri..
Wajahnya langsung tidak berpaling..
Murung dan muncung.. tiada segaris senyuman yang hadir..
Seperti tidak berperasaan.. Seperti orang hilang ingatan..
Hilang pedoman? Atau sudah Gila…

Aku jadi sayu sedikit keliru.. kenapa begitu?
Ku hampiri wanita itu.. Ingin ku goncang tubuhnya..
Mahu ku cuci benaknya.. mahu sedarkan dia..
Kenapa hatinya kelabu? Kenapa dia buntu?
Apakah sebenarnya masalah dia?

1 komentar:

Pencarut Keji on 3:44 PM berkata...

mereka buta..

bukan mata. tapi hati.

mereka fikirkan...

kepuasan yang bakal mendatang.

 
Coretan.net Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template