Sepi durjana masih menjadi teman..
Ingin aku menangis, tiada kesedihan mampu ku rasa..
ingin bergembira hati rasa duka..
pandangan tampak kelam, kabur, hitam..
ku renung ke segenap ruang.. polos dan kosong pandangan..
kenapa aku perlu jadi begini.. usia meniti dengan benci..
dendam pada sebuah kehidupan..
kenapa aku mangsa pilihan.. ahh! Siapa pula perlu aku persalahkan…
‘apa ada pada gelaran, nama, rupa atau harta benda
jika ianya tidak dapat menjamin kebahagiaan yang mutlak’ kata-kata egois manusia berpura..
rungutan kekecewaan yang seringkali ku dengar dari mulut-mulut mungil yang serba ada..
hampir jejak sempurna.. namun mereka masih meminta..
tidak bersyukurkah mereka?
menilai aku yang kerdil lagi hina, serba kekurangan ..
tiada apa mampu aku banggakan.. aku juga tidak bahagia
bagaimana pula kekecewaan yang ku rasa??
Namun aku hampir pasti..
Penderitaanku tak mungkin setara dengan mereka.. bukankah darjat membezakan kita..
Kali ini kemenangan berpihak padaku.. betulkah pemikiranku??
Manusia boleh berkata.. hidup mu.. kau lah yang perlu mencoraknya,
Positif fikiranmu positif lah semuanya..
Benarkah semuanya boleh berubah dengan sekelip mata..
Permintaan aku kah jika aku masih rasa merana..
Penderitaan yang telah sebati dalam diri.. kekosongan yang menemaniku saban hari..
Kemana perlu ku campak semuanya..?
Ke dalam tong sampah seperti yang sering kita lakukan untuk membuang bangkai makanan kita?
Atau ke dalam sungai.. dan biarkan ia mengalir terus ke muara..
Mudahnya…..
Manusia mula menonjol kepalaku.. Ubah pemikiranmu.. kau lembab dan lemah..
Berkhayal tentang kesakitan, bodoh betul orang seperti kamu
Tiada visi dan harapan.. perlukah kau diberi bantuan?
Gertak itu menyedarkan aku sesuatu..
Takdir yang ingin dibetul, hati yang mahu menongkat dunia..
Adalah usaha dan perngorbanan sia-sia..
Sekuat aku bersuara.. semakin mengecil ruang syurga..
Tapi aku masih juga tertinggal di sini.. masih mengharap sesuatu yang tak pasti..
Berbaloikah….
Tiada lagi pencarian, segala kehendak akan aku leburkan..
Harapan juga harus ku bakar.. biar menjadi abu.. Ku tiup ia terbang, melayang..
dan hilang.. Biar jasad yang sepi berdiri di sini..
Kaku dan bisu, menanti hukuman mati..

0 komentar:
Catat Ulasan