Berhenti tidak bermakna kita tidak bergerak

Mungkin setakat ini sahaja coretan yg ditulis utk agenda yg di propaganda oleh kaum-kaum HINDRAF ini, ini kerana faktor-faktor berikut:-

1. Mungkin akan menyebabkan perbalahan kaum.
2. Merugikan masa aku utk memikirkan perihal ini.
3. Kerana mereka tetap dengan suku kaum mereka walau apa pun yg terjadi.
4. Boleh menyebabkan KEBEBASAN bersuara itu di anggap sebagai hasutan.
5. Pergerakkan2 NGO ini ditubuhkan diatas dasar takut di antara bayang-bayang mereka sendiri, (ia ibarat PEKIDA yg disalah guna haluan mereka utk kepentingan sendiri)
6. Aku tidak mempunyai masa utk mempertikaikan sebarang hak-hak setiap kaum di Malaysia.
7. Terlajak perahu boleh diundur terlajak menaip di blog? ISA la jawabnya.

Tidak bermakna aku berhenti di takuk ini bererti aku menyerah kalah. Segala info yang dipapar disini berasaskan dengan maklumat yg kukuh. DAN INI BUKANLAH BLOG UTK POLITIK! Ini adalah secebis paparan utk mengambarkan isi hati anak bangsa Malaysia itu sendiri!

Fitnah Politik jugak...:)


: Lapan lelaki dakwa anggota Hindraf serang dua pekerja restoran

KUALA LUMPUR 27 Nov — Sekumpulan lapan lelaki yang mendakwa anggota Hindu Rights Action Force (Hindraf) memukul dua pekerja sebuah restoran di Brickfields setelah enggan membayar bil makanan yang mereka makan dengan alasan mereka memperjuangkan nasib masyarakat India di negara ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sulaiman Junaidi berkata, kedua-dua pekerja restoran itu mengalami kecederaan di badan termasuk seorang terpaksa menerima jahitan di kepala ekoran perbuatan kumpulan lelaki berkenaan.

“Kumpulan lelaki yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun itu telah dua kali datang ke restoran tersebut dan enggan membayar makanan yang mereka makan atas alasan mereka dari kumpulan Hindraf yang memperjuangkan nasib kaum India,” kataya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, dalam kejadian pertama pada Ahad, kumpulan lapan lelaki itu makan di restoran berkenaan pada 3 petang tetapi enggan membayar bil yang berjumlah RM85.

Bagaimanapun katanya, untuk mengelak daripada berlakunya pergaduhan pengurus restoran tersebut membenarkan mereka beredar.

Beliau berkata, keesokan harinya kumpulan lelaki yang sama datang semula kira-kira 7.30 malam dan sekali lagi mereka enggan membayar bil yang berjumlah RM54 sehingga mecetuskan pergaduhan.

“Mereka yang bersenjatakan sebilah parang dan sebatang besi kemudiannya bertindak memukul pekerja restoran tersebut yang berasal dari India dan merosakkan harta benda di restoran itu sebelum melarikan diri dengan menggunakan dua buah kereta jenis Naza Ria dan Toyota Hilux yang kemudian dikenal pasti menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.

Sulaiman berkata, ekoran kejadian itu restoran tersebut kerugian RM5,000 apabila 20 buah meja serta peralatan dapur dirosakkan oleh kumpulan lelaki terbabit.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.- Bernama

Sumber di ambil dari bulletin myspace ,dan di tulis oleh Dr Sammy vellu(sam myspace da)


Perbedaan tak lagi difikirkan,
kesetaraan dilihat sebelah mata,
yang kuat dialah yang berkuasa,
yang lemah dia yang teraniaya,

perbedaan disambut dengan pukulan,
perbedaaan disambut dengan senjata,
kekuatan selalu untuk menindas,
rampas merampas,hina menghina sesungguhnya kita
bukan apa apa!!

Inilah kalau pertubuhan organisasi suku dah tercipta.Semua nak tunjuk kuat.Semua merasa paling kuat.Mau memperjuangkan bangsa India?Macam mana hendak memperjuangkan bangsa,kalau sifat dah macam binatang.Merugikan orang orang lain,dengan tanpa bersalah.Apakah itu satu yang harus dicontohi oleh bangsaLebih baik duduk diam,tak payah ambil tahu tentang hal di luar.betul tak?Ada duit makan tak ada duit diam diam sudah!PARAH


SEBUAH PERBEZAAN

Aku tak berapa tahu tentang polemik parti parti dimalaysia.Setelah dengan teliti aku melihat di beberapa cuplikan tentang demonstrasi yang dilakukan oleh kaum india,yang lebih dikenal dengan HINDRAF yang bernaung di bawah parti MIC.Tapi yang pelik nya lagi ada satu parti lagi yang dikenal dengan DAP act la...tapi kat situ pun ada diffrent about pandangan dalam memperjuangkan hak kaum india.Issue yang di pampangkan tentang hak kesetaraan kaum india harus sama dengan Kaum melayu.Dalam perjanjian dahulunya,masyarakat india di beri kewarganegaraan oleh kerajaan tanah Melayu,tapi tetap Melayu di beri hak keistimewaan penuh,right.

Semakin berputarnya waktu,masyarakat India merasa bahwa mereka ter-marginal kan oleh sistem undang undang kerajaan.Perlawanan atas dasar hak itu perlu,Tapi apakah harus dengan tindakan represif?tindakan represif yang di motori oleh Polis Di Raja Malaysia sebagai tindakan yang tidak patut dilakukan.Malaysia adalah sebuah negara demokrasi atau dictatoracy?,dan sepertinya masyarakat India yang turun ke jalan untuk menuntut hak mereka.mendapat perlawanan penuh dari pihak polis.

Harga minyak dipasar dunia makin hari makin membingungkan,dan pada bulan 1 tahun 2008 harga minyak dunia akan mencapai US$100 per barrel.jelas masyarakat malaysia dan dunia makin gelisah.kebijakan yang dilakukan oleh kerajaan bagaimana pula?Adakah akan dibiar kan minyak terus naik tanpa memberi subsidi,untuk keringanan beban rakyat?
Issue issue yang di udarakan oleh beberapa pihak tentang kesetaraan membuat satu nafas berbau perbezaan.Race organization,ditubuhkan.Betulkah akan menuju kedamaian,atau bukan bertambah teruk.Issue Hindraf adalah masaalah polemik politik untuk kepentingan sesuatu pihak.Menurunkan beribu ribu orang untuk melakukan aksi protes terhadap kerajaan.Tapi apakah ini benar benar antara parti,masyarakat dengan kerajaan,atau ada satu konspirasi yang terselubung?RASICST?

Menciptakan sebuah revolusi,harus dibayar dengan darah,nyawa,dan kemiskinan.right!tak dapat dinafikan lagi kita berada diAmbang krisis politik.Parti parti yang tidak bertanggung,menjadikan segelintir masyarakat sebagai tumbal atas kepentingan politik mereka.benar tak sayang.....?Berapa banyak kita dirugikan,berapa banyak kita harus hilang teman,berapa banyak masyarakat yang sedikit demi sedikit menghindar?sadar?
kita hidup dalam beragam suku,bangsa dan agama.Kenapa kita tak menjaga perbezaan yang ada.Melayu,berteman sama INdia,India berteman sama Chinese,biar tercipta sebuah tantanan masyarakat harmonis.

Perbezaan adalah keindahan,
perbezaan adalah sebuah perayaan,
kita sambut perbezaan sebagai sebuah perayaan.
NO RASICST NO FASIST,SMASH NATIONALIST SOCIALIST!!

Membatasi kebodohan seorang MANUSIA.

Pertama sekali aku ingin ucapkan takziah kepada keluarga Syimir Izyan diatas pemergian nenek beliau pada 24 Nov 2007, Al-fatihah..

Kembali kepada topic di atas, sekembalinya aku dihadapan skrin komputer aku ini dengan satu matlamat shj, iaitu SIAPAKAH mereka dan SIAPAKAH aku. Aku ialah rakyat yg menggelarkan diri aku sebagai "BEBAS" aku hanya berfikir mengikut landasan yg di cipta oleh diri aku sendiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Pukul 1.30 pm, terdetik aku ingin menonton buletin 1.30, dan aku terkejut (aku terfikir.. la.. ada lagi rusuhan) aku di Malaysia ka di Indonesia? Lagi sekali kegelojohan akal manusia yg berfikir tanpa sempadan. Hak keistimewaan org Melayu kini dipertikaikan semula.

"Apart from stating that the Indian community was marginalised by the BN
government, in the memorandum, HINDRAF also wanted an end to special privilages
given to Malays. The memorandum also took a dig at Umno asking the largest
political party in the country to “stop playing politics” through the “mandore”
(supervisor) system by dishing out aid to the Indian community on a piecemeal
basis."

Petikan ini di petik dari - The Borneo Post Online

Bukankah hak-hak keistimewaan org-org melayu sudah termaktub dalam perlembagaan? Bukankah mempertikaikan hak-hak ini boleh ditahan di bawah akta ISA? Kemanakah ketelusan cerita ini? Kenapakah mereka mahu KEISTIMEWAAN seperti melayu-melayu yg lain? Aku tidak rasa istimewa pun dengan status MELAYU aku!

Aku ada terbaca satu petikan dari laman web yg menyokong hindraf ini,
"Kenapakah kurangnya pelajar India di universiti-universiti tempatan, bodokah kaum India ini?"

Aku di sini bukan berniat menghasut atau ingin mengapikan mana-mana pihak, kita perlu lihat dalam pelbagai perspektif! Ya, aku tidak nafikan memang kurang bangsa India di unversiti tempatan! Tetapi! Berapa ramaikah yg cuba utk ke universiti-universiti kerajaan ini? TERLALU SEDIKIT! Oleh itu jgn memperbodohkan bangsa sendiri, (seperti bercakap dengan cermin) RENUNG! Jikalau bangsa cina boleh membina universiti yg majoritinya di monopoli oleh bangsa-bangsa cina, kenapa bangsa India tidak boleh? Kenapa baru sekarang mahu bangkit mempersoalkan kepentingan kaum Melayu? Mahu peristiwa 13 mei berulang lagikah?

Inikah dinamakan ETIKA PERPADUAN? Adakah ikrar yg selalu di baca semasa perhimpunan sekolah-sekolah kerajaan juga di baca di sekolah-sekolah jenis kebangsaan? Kenapa di Singapura tiada sekolah jenis kebangsaan? Kenapa di Malaysia dibenarkan? Dimanakah akal dan fikiran mereka? Kita sudah benarkan bermacam-macam di Tanahku kau mahu merampas segalanya? Sudah diberikan kaki mahu peha pula?

Malaysia ini sebuah negara yg demokrasi, SILA UNDI ATAU PANGKAH MANA-MANA pakatan yg boleh membawa perubahan!


demokrasi
(démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm
pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan
secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh
semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;

Di petik dari - Kamus Dewan Online

Dan, bukankah hak keistimewaan org melayu ini telah dipersetujui oleh kaum-kaum lain dan ia telah ditanda-tangani oleh datuk dan nenek moyang semasa kemerdekaan, diatas tanda terima kasih kerana pemberian status kerakyatan oleh kerajaan Tanah Melayu ketika itu?

Jangan dipertikaikan lagi! Nasib sesebuah kaum itu berubah jika mereka berusaha untuk mengubahkannya! Mengapa perlu menjerit di tengah-tengah jalan? Mengapa perlu merusuh? Disitu juga telah tepatri kebodohan mereka itu sendiri, mengapa perlu PERTUMPAHAN darah sedangkan Malaysia merdeka tanpa menitikkan setitik darah pun! Gunakan intelek yg di anugerah oleh Tuhan! Bukan kemarahan yg disemarak oleh syaitan yg durjana!

Berapa ramaikah pejuang-pejuang kemerdekaan yg bukan Melayu? Berapa ramaikah yg berjuang utk memerdekakan tanah air aku ini!!! Jangan diminta bukan-bukan, hiduplah seperti biasa, jgn menyusahkan org lain! Jgn menyusutkan ekonomi Malaysia ini lagi! Aku mahu hidup di dalam negara yang aman damai! Bukan negara yg porak peranda!

Reformasi (sambungan)

Ini adalah sambungan dari cebisan kata-kata aku yg di bawah, setelah aku mengkaji beberapa video yang aku tontoni di YouTube, aku berasa kejelikan kehidupan manusia yg menggelarkan diri mereka itu seorang aktivis.

Mari kita lihat dari pelbagai perspektif,

1. Apakah yg menyumbangkan kestabilan ekonomi negara? Salah satunya datang daripada pengaruh politik itu sendiri. Mengapa aku berkata begitu?

“Perhimpunan itu menyebabkan kami kerugian besar. Bayangkan ada pengusaha mampu
meraih jualan sehingga RM30,000 tetapi pada hari itu (perhimpunan haram
diadakan) kosong, tiada pelanggan,” katanya. Beberapa wakil pertubuhan lain
turut mengakui perhimpunan menyebabkan mereka menanggung kerugian kerana
terpaksa menutup premis lebih awal dan kurang pelanggan.

- Petikan ini dipetik dari Berita Harian.

Dari kenyataan itu, kita sendiri boleh lihat dari sudut pelancongan yang susut hampir ke tahap kritikal, dan itu juga menjejaskan petukaran mata wang kita dan secara tidak langsung ia menjejaskan ekonomi negara. Apakah akan jadi jikalau ekonomi porak peranda? Mahukah anda kembali kepada krisis ekonomi yg melanda di sekitar tahun 90an?

2. Hampir 4 ribu anggota polis di kerah kan utk mengawal situasi perhimpunan tersebut. Bagaimana pula dengan keselamatan rakyat jelata yang lain? Berapa ramai sgtkah anggota polis yg berkhidmat di Malaysia ini? Apa akan jadi pada kawasan-kawasan yg memerlukan pemantauan. Apakah ini akan memberi ruang kepada penjenayah utk memperhebatkan aktiviti jenayah mereka?

Aku juga sebagai rakyat yg pada ketika itu sedang berpeleseran di ibukota juga menjadi tidak tenteram! Banjingan engkau! Kenapa aku tidak tenteram, adakah aku berada di Indonesia, yg sudah lali dengan perkataan reformasi ini. Sudah la Malaysia ini penuh dengan migran dari Indonesia, lagu-lagu dari Indonesia di corong-corong radio tempatan, takkan aku perlu merasakan situasi ini juga?

3. Perihal barat pula, sudah semestinya BBC, CNN, AL JAZERA, atau seangkatan dengannya, akan melaporkan berita yg telus atau tidak? Aku rasa BBC sudah memesongkan beberapa fakta, CNN jangan cakap la, tali barut Amerika, sudah semestinya la akan menunjukkan bahawasanya Malaysia ini tidak selamat, dan bermulalah satu bentuk jajahan psikologi dari negara barat. Mahukah kita dijajah semula? Mahukah dunia atau PBB memandang Malaysia ini cakap tak serupa bikin? Kata negara majmuk berbilang kaum, tetapi? Dari pemandangan dunia lain? Siapakah kita? Amankah kita?

4. Kerana politik kau berteriak nama Tuhan! Apakah ini satu sketsa? Jikalau segala yg dinyatakan itu fitnah, dan mereka melaungkan nama Tuhan, diposisi manakah aku perlu meletakkan mereka ini? Adakah seorang yg jahil? Atau seorang yg rendah pendidikan? Engkau hanyalah ibarat kambing hitam, RAKYAT! Kau dipergunakan utk kepentingan tertentu. Engkau laung! Laung! Dan laung lagi! Segala suara mereka, tetapi adakah itu sebenarnya suara rakyat Malaysia? Adakah ini yg kami mahu? Adakah ini salah satu cara utk meluahkan isi hati atau isi-isi politik? Pada akulah, jikalau parti itu sebuah parti Islam, sudah semestinya mereka ini lebih beradab dari parti-parti politik yang lain, tetapi pada mata kasar aku, mereka lagi teruk dari org yg memberi rasuah. Kau heret ahli keluarga engkau berdemonstrasi, adakah ini bagus utk institusi kekeluargaan? Apakah ini yg engkau pupukkan dalam salsiah anak-anak engkau? Bukankah ketua keluarga itu perlu melindungi ahli keluarga mereka, tetapi engkau membiarkan pintu KEMALANGAN itu terbuka luas! FIKIRKANLAH! Fikirkanlah..

Politik tetap politik, melayu berpecah belah disebabkan politik, BUKAN disebabkan agama, MENGGUNAKAN agama sebagai pintu utk melarikan diri adalah sgt jijik di mata aku! Adakah dengan kekasaran itu engkau dapat melaksanakan apa yg dihajati? Adakah dengan caci maki itu kau dapat apa yg engkau laungkan! Itukah konsep kehidupan sebagai seorang khalifah Allah? Adakah itu dikira JIHAD? Itu adalah satu kelemahan yg datangnya dari diri kita sendiri, dan keindahan dan kesempurnaan itu datang nya dari Illahi. Gunakanlah akal dengan sebaik mungkin, mungkin engkau seronok di hari ini, di hari mendatang... engkau juga yg merana.

p/s: Aku adalah pejuang keamanan... dan aku bukanlah anak merdeka jikalau aku membunuh kaum aku sendiri!

Reformasi, suara rakyat atau suara yang amarah?

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berulang kali menegaskan agar orang ramai
tidak ke Dataran Merdeka dengan berbaju kuning kerana perhimpunan ini tidak
mendapat permit polis dan bermaksud perhimpunan ini haram untuk
disertai.

Antara sebab-sebab yang diberi oleh pihak polis
ialah:

Jika sekadar menghantar memorandum, tidaklah perlu
perhimpunan sampai 100,000 orang dan kempen hingga 2-3 bulan sebelum itu.
Perhimpunan ini cuba meniru gaya perhimpunan para sami dan orang ramai di
Myanmar yang berbaju merah. (Kuning juga merupakan warna konfeti yang
dipergunakan oleh para penyokong Corazon Aquino untuk menggulingkan Presiden
Ferdinand Marcos di Filipina pada tahun 1986 [1][2]). Begitu juga dengan
perhimpunan lorya jirga di Afghanistan hingga mengorbankan berpuluh-puluh nyawa
akibat letupan bom.

Melalui pengalaman lalu di Malaysia,
perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berakhir dengan
'rusuhan' ala perkauman atau ala agama. Sedangkan Malaysia merupakan sebuah
masyarakat majmuk yang cukup sensitif dengan isu agama dan isu kaum.

Perhimpunan di Dataran Merdeka bukanlah budaya di Malaysia.
Malaysia tidak perlu mengimport budaya ini dari mana-mana negara kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian di Malaysia terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
BERSIH berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak
mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah
menyuarakan suara rakyat di sini. Selepas perhimpunan, mereka mendakwa bahawa tindakan Polis (dengan langsung Kerajaan Malaysia) ialah punca keganasan dan kesesakan lalu lintas, bukan para penunjuk perasaan. Polis Malaysia juga
dikritik kerana bertindak dengan kekerasan berlebihan terhadap peserta
perhimpunan aman

- Petikan ini di petik dari wikipedia.

Disini aku ingin menyatakan aku bukan menyokong kerajaan atau mana-mana pihak, dan aku juga ingin menyatakan pendapat aku sebagai seorang rakyat yg cintakan keamanan.
Mari kita lihat, Walk For Justice...

Walaupun tidak mendapat permit, tetapi polis percaya bahwasanya mereka ini tidak akan bertindak ganas. Kenapa? Perspektif masyarakat Malaysia memandang bahwasanya peguam itu seorang yg intelek di segi permikirannya, dan juga mereka adalah satu lambang keadilan. Ini bermakna mereka tergolong di dalam golongan bijak pandai, dah kebarangkalian utk mencetuskan rusuhan itu adalah terlalu tipis. Tetapi tidak pada golongan-golongan yg di panggil obses dengan sesebuah isu.

Kita putar semula segala ingatan yg boleh di ingat semula, reformasi semasa kes Anwar Ibrahim, apa yang terjadi? Malaysia kelam kabut! Porak peranda! Habis semua harta awam yg di bina dari cebisan-cebisan cukai pendapatan dari setiap warganegara Malaysia berkecai begitu sahaja. Inikah di namakan golongan berintelek? Mungkin mereka tidak menganggu aku, tetapi emosi aku sebagai seorang rakyat jelata yang ketika itu menetap di tengah-tengah ibukota menjadi tidak tenteram sama sekali. Dari kecil kita di pupuk dengan pembacaan ikrar dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah, KEDAULATAN UNDANG UNDAN, KESOPANAN DAN KESUSILAAN. Kemana ia tercampak? Kelaut? Kelombong? Adakah ikrar itu ibarat sumpah? Atau ianya hanyalah nukilan yg terpancar dari mulut setiap insan? Mungkin itu membatasi pemikiran seorang yang intelek atau tidak, aku membaca dan memahami setiap kata-kata dari seorang demi seorang. Betul juga, buat apa nak kumpul ramai-ramai? Yang menghantar memorandum itu pun bukan orang-orang yang tidak dikenali. Jikalau mereka mengatakan SPR tidak bersih, kenapakah tidak disertakan alibi dan bukti yang kukuh seperti gambar, atau dokumen-dokumen yang menyatakan SPR itu tidak jujur?

Mereka hanya tidak mahu pisang berbuah dua kali, kita bariskan manusia-manusia yang melibatkan diri dalam perhimpunan ini. Remaja-remaja yg entah jauh mana tahap pemikiran mereka, orang-orang yang obses dengan parti politik mereka, orang-orang yg beborak kosong di kedai kopi sambil membincangkan isu politik (air pun hutang), itukah seorang yg bergelar bijak pandai? Sejauh mana kesabaran mereka semasa perhimpunan itu? Inikan di sebabkan seorang ahli politik, porak peranda jadinya, inikan pula demonstrasi melibatkan pilihanraya. Fuh! Letih aku dibuatnya, kenapa kita tidak meniru gaya Tunku Abdul Rahman? Dahulu kala British di kenali sebagai penjajah yang angkuh, adakah dengan kekerasan, keangkuhan itu dapat di tewaskan? TIDAK! Kebijaksanaan itu menjadi satu tembok yg kuat utk menewaskan mereka! Gunakan akal yang di beri! Bukan kekuatan fizikal, mahu pun kekuatan lidah. Kita hidup berprosedur, praktikkan! nescaya kita akan dianggap sebagai satu golongan yang bertamadun dan maju dalam melaksanakan sesuatu.

Aku amat mengeji segala perbuatan yang menyusahkan penduduk tempatan, ekonomi negara, atau diri sendiri. Jikalau ekonomi merundum, siapa yang di persalahkan? TUNDINGKAN JARI ANDA!!! Jikalau negara porak peranda siapa yang mahu dipersalahkan? TUNDINGKAN JARI LAGI!!! Fikir! fikirlah! Kita hidup harmoni berbilang kaum, dan tidak semua kekerasan itu dapat melembutkan, kita ibarat mengetuk pintu dan menunggu tuan empunya pintu itu membukakan pintu utk kita, jikalau kita pandai berkata-kata dalam semua aspek dengan dalil-dalil yg kukuh, kita akan dipandang tinggi.

Dan aku hanyalah seorang rakyat yg cintakan keamanan, dan aku amat benci kekerasan! INGAT! Ia kekerasan itu adalah satu bentuk kezaliman! DAN! Doa-doa org yg dizalimi itu akan dimakbulkan Tuhan!

Fikirkanlah... Wahai kawan-kawanku.

Perisa tambahan.

Kau, aku dan mereka tidak akan sama sampai bila-bila, kerana engkau adalah engkau dan aku tetap aku selamanya.

Sekian.

KITA malas atau...................

Sebelumnya aku nak ubah skit apa yang cik ajoy sontoloyo ni tulis;P. aku bukanlah seorang anarkis.
Aku tetap memegang faham hidup yang seutuhnya,mungkin ada beberapa nilai yang dalamnya yang sama.Faham anarkis sangat matrialis,hokum dan manusiawi.Anarkis memberi atau menitik beratkan permasaalahan hubungan antara individu dan hubungan nya dengan individu individu yang lainnya.So apa yang ada dalam diri kita itu yang kita jalankan,selagi itu baik atau buruk.antara diri kita dengan kawan,keluaga atau dengan tuhan sekali pun.



telewat pula apa yang aku nak cerita kan ni.Yang aku nak cerita kan ini adalah tentang apa yang aku lihat waktu aku balik ke malaysia.yang aku rasakan kenapa seolah olah aku tak berada diMalaysia.Yang aku rasa aku masih kat Indonesia ni.Bukan la main ramai saudara2 dari indonesia ni yang tinggal dan bekerja kat sana.itu satu hal.dan hal yang lainnya pula aku tgk pekerja2 kilang pun dah dipenuhi dengan pekerja dari luar,seperti bangladesh,nepal,dan banyak lagi la. lepas itu pula,kenapa banyak bos bos kilang yang tidak mahu ambil pekerja tempatan sendiri?Atau prosuder2 utk merekrut pekerja asing itu lebih mudah?Atau mungkin lebih untungnya pihak kilang untuk membayar mereka lebih murah di bandingkan dengan pekerja tempatan.

Bukan apa,sebenarnya apekah anak tempatan malaysia ni yang malas nak bekerja atau memang tak standart diorang nak bekerja kat bidang ni semua?Yelah...nanti kalau dah banyak sangat perkerja dari luar datang ke Malaysia nak bekerja,diorang pula sibuk nak kata kerja susah nak cari la,sebab banyak sangat pekerja asing yang bekerja kat Negara ni.lepas tu bos2 yang merekrut diorang ni pekerja dari bangladesh,nepal,india,ape semacam la.Diorang ni memang tak kasi panduan utk belajar bahasa melayu ya?Adalah satu hari aku lepak restoran mamak,diorang punya pekerja banyak yang tak bisa bebahasa kita.kalau indonesia lain la,sebab serumpun,.ya tak..yang aku kesalkan kenapa kerajaan boleh izinkan pekerja2 luar ni,utk masuk bekerja dengan tidak disertai beberapa syarat,seperti harus boleh berbahasa melayu,ingris,dan apa2 la yang bersangkutan dengan peraturan yang ada kat negara Malaysia tu.
Terlepas satu hal lagi,ada pula yang jenis budak tempatan yang tak sedar diri.Yang kaki2 pow ni,dah tau pekerja2 asing dok sibuk cari rezeki kat rantau,diorang bleh pow.pastu plak disertai plak dengan tindakan represif sebagainya.tak ke kesian?Kalau dilihat pun kalau tak der diorang ni(pekerja asing)susah nak lihat pembangunan2 yang ada seperti skarang.diorang adalah salah satu penyumbang jasa kat negara ni.betul tak cinta?..........

Tapi yang aku geramnya pula.setelah aku tengok sendiri,ada lah beberapa pekerja asing yang dok buat cam negara diorang.kekadang buat hal yang tak senonoh la apa la..korang tau sendiri la..mungkin diorag tak pernah rasa hidup kat tempat orang.asyik dok kat kampung jek.skali dah dapat keluar.hmm...pelagi, enjoy semacam la.kakakakakka
dah aku malas nak tulis pepanjang,penat dah.Apapun aku harap.jangan lah kita ni dok nak pandang rendah kat diorang.diorang manusia,sama gak cam kita.cuma nasib diorang dan aku saja berbeza dengan nasib korang yang dapat hidup kat negara maju cam Malaysia ini.Apa pun,pandang mereka sebagai manusia,bukan sebagai binatang.sesungguhnya yang kejam buat mereka adalah sistem negara mereka yang tak pernah memberi memberi mereka kesempatan untuk hidup bahagia.

teng yu cik ajoy..ni melalut apa yang aku tulis.layan mata la.kekeekekek

Pabila seorang anarkis berkata...

Topic ni aku open khas utk kawan aku yg nun jauh di seberang tanah air Malaysia ku! :) Ia utk tatapan pembaca yang jarang sekali memikirkan hal-hal sebegini. Aku sebagai pemikir yg sering kali memikirkan hal-hal sebegini, ini adalah sesi dialog di antara aku dan seseorang yg menggelarkan diri beliau sebagai seorang penulis yg hidup di tanah Indonesia (dia mara aku panggil beliau anarkis... hahaha!).



Tanpa Nama berkata...

yang aku nak komen skit tentang merdekkah atau ape2 la...masuk tentang sekelompok manusia remaja yang memakai kain hitam untuk menutu sebahagian wajahnya(black masker).memang dalam pergerakan anarki itu diistilah kan dengan penyamaran wajah dalam aksi demonstrsi utk melawan sebentuk issue yang di agendakan oleh mereka.tapi dalam mengatakan bahwa kemerdekaan dan memakai idealis barat yang telah menjajah tanah melayu itu salah!salah besar!idealisme tetap idealisme,bukan doktrinisasi mengikut dalam hal negatif.misalnya dengan menciptakan segala bentuk sistem.ok..banyak orang kate 'kalau hidup tanpa sistem,kita bagaikan tak terarah'.tapi dalam kenyataannya ada beberapa komuniti masyarakat di spanyol yang boleh hidup dan berdikari hidup dalam satu komuniti.Penjualan di dasari pada trade.TRADE?kemungkinan banyak orang bilang trade itu satu yang tak masuk akal,dan sangat bodoh,yang mane kita tak dapat membeli barang lainya sekiranya semua menggunakan cara trade.tapi dalam kaedah trade,dimana kita dapt saling membantu dan meminimalis pembaziran.ok tapi apakah kebanyaan manusia boleh hidup begitu di zaman ini dan seiring makin majunya taraf ekonomi dan trend di zaman ini.pernah dikatakan oleh bebrapa pemikir .seperti michaael bakunin'setelah negara diciptakan,para pejabat,institusi militer,polis dan politik menjadi pentas pencurian dan pembunuhan yang terpuji.dan tidak ada sedikit pun salah dan menghukum mereka'.tapi dalam istilah anarki itu tidak ada mengatakan itu adalah cara fikir yang meniru ke barat.Anarki adalah istilah dimana setiap manusia dapat hidup dalam sebuah kelompok yang harmonis.tanpa di kenakan cukai,di hamba abdikan.ada seorang pemikir anarkis muslim HAKIM BAY.yang mengatakan,cara pandang anarkis tak jauh dari cara pandang dan hukum islam.seperti anarkis menolak riba,penindasan,dan mereka saling mendukung saudara2 yang terkena hantaman dasyat perang di palestine,irak dan setiap negara yang bergejolak.jadi.kenapa anarki dijadikan sebuah pergerakan yang dikatakan gila?karena setiap institut kerajaan,polis dan semua instansi militer,mereka mengetahui apa itu anarkis.kenapa anarkis selalu di tolak belakangkan?karena anarkis adalah sebuah idealis yang bukan stagnan!menolak hegemoni imprealis kapitalis dan sebentuk sistem yang kian parah sekarang,sistem global.dimana manusia akan dihadapkan dengan sebuah persaingan pasar bebas!bebas membunuh dan bebas bersaing.bersaing dengan kualiti yang lebih canggih dari produk lokal.so hidup adalah sebuah proses,setiap manusia bebas memikirkan dan menentukan jalan hidupnya masing2.sebuah kebebasan adalah kemerdekaan,tapi kemerdekaan yang tak bertanggung jawab adalah sebuah kebiadapan yang teramat sangat!!topeng hitam gerillya
10:58 PM

kata-kataKEJI berkata...

Hurm.. mari kita lihat bace dan tenung..Sejak kecil lagi kita di peradapkan dengan silibus-silibus yg berteraskan sains... Apakah akan terjadi jikalau rantai makanan itu putus? Dengan secara automatisnya satu kelompok itu akan kehilangan sumber makanannya dah mengakibatkan kepupusan.. Itu kah yg di mahukan daripada para anarkis? Memutuskan satu rantai makanan yg dicipta oleh kapitalisme2? Meraka kapitalisme bermula dengan pelbagai rintangan.. Ada yg mula dari bawahan.. Sungguh tinggi tangga2 mereka! :) Seperti.. HONDA, pada mula nya kereta mereka tidak mampu utk mendaki bukit. tapi mereka tidak putus asa.. :) USAHA! :) dah akhirnya mereka berjaya.. :) dah motokapcai ku juga berlambangkan HONDA! :) Hidup bersistem?Sistem.. Cara, kaedah utk melakukan sesuatu..Hidup kita bersistem.. :) Seperti kita membesar, mengikut sistemnya tersendiri, adakah kita di lahirkan terus tua? dah berubah menjadi bayi setelah berumur 30 tahun? Tidak kan? Apakah putaran bumi itu tidak mengikut sistem nya? Tidak kan? Adakah panduan umat Islam yg di gelar Al-Quran itu tidak bersistem? Sedangkan kita berpuasa juga mempunyai sistemnya tersendiri..Dalam konteks ini aku ingin menyatakan bahwasanya sistem itu mengajar kite utk lebis teratur dalam segala perbuatan. Boleh kah jadi pandai tanpa mengikut aturan dalam pembelajaran? Apakah kita dengan automatis nya boleh menyelesaikan segala2nya tanpa mempelajarinya terlebih dahulu?Mungkin mereka tidak menolak 100% anarkis itu.. Cuma kita perlu bertindak dengan lebih rasional dan professional.. Kita perlu lebih pandai menggunakan psychology daripada menggunakan kekuatan fizikal.. :) kerana kekuatan fizikal bukan terletak pada akal.. :) Persaingan itu adalah lumrah hidup.. dalam kehidupan haiwan juga terdapat persaingan.. dari segi kuasa, sex, dan sebagainya.. Dan mereka faham.. Yang di kuat akan berada di atas.. dan yang lemah berada dibawah.. Jikalau mahu kuat.. pastikan kelemahan itu diatasi.. :)//ps:: aku menunding ke atas.. dan aku berkata.. Dari situlah datangnya akal dan fikiran ku. Ia adalah anugerah Yg Maha Esa. Fikirkanlah!
11:29 PM

Tanpa Nama berkata...

ok..ok..kita akan mencari dan terus mencari.nah tentang rantai makanan atau anarkis atau hantu belau...yang sedang kita bicarakan.sistem itu adalah sebuah aturan hidup.manusia akan tetap dihadapkan dengan sebuah sistem.tetapi kita bukanlah sekelompok OlIGARKI.yang pada setiap orang akan megatakkan iya pada sebuah keputusan tanpa adanya polemik.sistem kapitalis tidak boleh dielakkan.kapitalis adalah sebuah sistem yang sangat mengerikan.contoh,di indonesia sendiri.kekayaan alam yang dipunya,abis semua nya di kuasai oleh coporate2 kapitalis besar dunia.seperti Exxon mobile,freeport,dll, yang mana mereka akan mencari keuntungan dan mempengaruhi kestabilan penduduk tempatan.nah....Seperti dijakarta,yang digelar sebagai ibu negara MEGAMETROPOLITAN.yang mana berkembang pesatnya pembangunan,makin parahnya kehidupan masyarakat.apa di sebalik yang kita fikirkan,menentukan sebuah skill utk hidup.bekerja?.....yups,itu penting untuk bertahan hidup.Sesuai dengan kemahiran dan kemampuan apakah kita dibayar dengan gaji yang tidak layak.sedangkan kebutuhan semakin hari semakin tinggi.Atau pun segelintir yang mampu lebih berkate,'ah,,sebab tak pandai mengatur keluaran duit'.itu boleh kita terima,tapi apakah itu adalah wajar?digaji dibawah standart ekonomi utk para buruh skarang?Yang ada perlawanan utk mencari makan utk bertahan hidup.perlawan yang bukan dari segi fyshcal tapi akal!Kapitalis tidak mudah untuk ditolak,tetapi cuba untuk meminimalis)ye tak joy?boleh kah pandai dalam pembelajaran?yupss.....sekolah da adalah ajang penipuan yang teramat sangat(disini la,sebab kita hidup di lain sistem pemerintahan).sekian ratus ribu anak2 tidak beersekolah atas kebiadaban babi babi lapar yang mengaut keuntungan dari duit bantuan oprasional sekolah.kenapa setiap orang miskin tak boleh sekolah,kenapa setiap orang miskin selalu menjadi kambing hitam.kenpa orang miskin seolah2 dilarang ada tuhan?itulah nyatanyua sebuah pemerintahan.karena kehidupan disini adalah sangat berbeza yang kita alami.bagiku alam raya itu adalah skolah yang nyata,jadikan setiap orang itu ilmu,dan pengalaman adalah guru yang berharga.kenapa kita dilarang utk berada diatas?takut,malu,malu,malu!!!!realita negara dunia 3 la joy!!!kekekekek..ada duit boleh skolah,tarak boleh blah...apepun thanks banyak la..best camni..kat mesia takder satu pun boleh ajak bual camni.punk diorangtak besh.kekekekekkewei bals balik tau!!!

kata-kataKEJI berkata...

Perbezaan hidup mungkin akan membezakan jurang di antara Malaysia dan Indonesia, tetapi kau perlu tahu juga, di Malaysia sudah tiada yuran sekolah *bagi sekolah kerajaan sahaja. Itu salah satu kemudahan yang telah di berikan utk mencapai hasrat mereka utk meraih undi bagi pilihanraya yg bakal tiba. Pabila kau menyebut meminimaliskan kapitalis-kapitalis, mungkin sedikit sebanyak kau akan merosakan rantai makanan, ia ibarat perumah yg menumpang si pembawa, perumah itu adalah org yg bekerja di bawah kapitalis, dan pembawa itu adalah kapitalis. Jikalau perumah sudah berkurangan. Bagaimana pula akan terjadi kepada si perumah? Dimana mereka mahu mencari hasil utk meneruskan hidup mereka? Jikalau mereka bergantung dengan satu sistem yang engkau sebutkan sebelum ini, apakah akan terjadi? Sistem seperti itu hanya atas dasar PERLU atau tidak perlu. Jikalau engkau mempunyai barang yg aku mahu, kau boleh trade sama aku, jikalau tidak, cari la org lain! Mungkin terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dalam sistem itu. Yang perlu dikhuatiri di sini adalah apakah yg perlu dilakukan supaya status hidup org bawahan ini tidak ditindas sebegitu sahaja. Apakah langkah2 utk memastikan keselesaan hidup org-org yg bekerja di bawah cengkaman kapitalis ini dapat di pertingkatkan? Kebiadaban para remaja sekarang sudah tidak dapat dibendung lagi. Ia ibarat kapal yang di tiup oleh angin, dan dihanyutkan oleh angin-angin itu, dan kemanakah kapal itu akan pergi? Bergantung kepada si kemudi itu dan anak-anak kapalnya, kemanakah arahnya jikalau sebuah negara itu kucar-kacir akibat pergolakan politiknya sendiri?

Kata-kata bodoh dari seorang manusia...

Today is FRIDAY!

Bermula, satu langkah yg bertemankan salakan-salakan anjing di kotaraya, di heretnya kata-kata yg di tambatkan di ekor-ekor manusia. Tapi, KAU siapa? Adakah binatang yg bertopengkan manusia? atau engkau memang seekor manusia yg bernamakan binatang? Mana perginya nilai seorang manusia? Mengapa mesti di takutkan bayang-bayang anda sendiri?

Dengan menjatuhkan seseorang, apakah engkau puas? Adakah dengan kata-kata tambahan yg muntah dari anak tekak kau itu JITU? Apakah berfikir sejenak itu membuang masa kau? Apakah berfikir dengan sejauh yg mungkin itu di panggil angan-angan?

Aku sering kali menggelakkan perangai seekor manusia yang merasakan beliau itu adalah "THE MAN" Tak kira la, "MAN" OR "WOMAN" OR "KUNSA" OR "SHEMALE" OR "KUNSA" OR DLL. Merasakan kata-kata beliau itu adalah ibarat sebentuk cincin yg berkilau, dan ditambahkan dengan perasaan yang berbaur HASAD DENGKI.

Jikalau hidup kau itu hanyalah SEDERHANA, jgn ditambak kan dengan kata-kata yang anda itu HEBAT! Jikalau tidak dapat melaksanakan sesuatu, PASTIKAN ianya tidak dimulakan!

Eh.. bengap ke apa, kau ni?

"Menunggu bulan jatuh ke riba"

Bila bulan itu mahu jatuh? esok? seribu tahun lagi?
Apakah aku dilahirkan utk menunggu org tiba atau aku dilahirkan utk membuat org menunggu aku? Ayat ni aku serahkan kepada manusia yg berkata "YE YE AKU SAMPAI" tapi haram! Testis atau kemaluan beliau pun tak nampak! Jikalau tak dpt PASTIKAN org yg menunggu itu dimaklumkan ketidakhadiran anda. Jgn buat org lain ni macam SIGNBOARD, terpacak sampai bila2. Jangan melenting jikalau anda di perli atau di maki, salah siapa? Fikir sendiri la, LAGI SATU! Jikalau pertolongan di pinta, pastikan ia di sambut jawapan BOLEH @ TIDAK!, Jangan buat org menunggu macam nak rak! Tapi haram pun tak da, atleast INFORM!

Topik berikutnya...

Aku mendengar desas-desus yang wujudnya manusia yg bersifat akupuntur, kalau korang tak faham apa yg aku mengomel ni, (org yang suke mencucuk-cucuk org lain). Ok sambung balik, .....manusia yg bersifat akupuntur di pejabat aku. Aku pun tak faham, umur dah lanjut, perangai macam lahanat. Salahkan kalau kerja kau tu kau siapkan! Periksa dengan teliti! Kau kerja pun bukan nya sebulan dua, tapi tak faham-faham gak, ni la yg di katakan bengap! Jgn berasa yang anda itu lama atau baru, ilmu di dada masing-masing siapa yang tahu? Hidup bermasyarakat, dan kami perlukan sokongan dan teamwork yang padu kalau nak semuanya berjalan lancar! Baca balik topik di atas, JIKALAU PERTOLONGAN DI PINTA, PASTIKAN IANYA DI SAMBUT DENGAN JAWAPAN BOLEH @ TIDAK BOLEH.

Dan jangan sibuk sangat dengan hal dalaman org lain, pastikan kerja anda itu jalan! Dan pastikan ALASAN ITU MUNASABAH! Jgn asyik2 server down je! Server aku sampai meletup pun boleh recover balik, apa masalahnya? Kalau mahu balik cakap aja mau balik, jgn berkias-kias. Kasihanila manusia-manusia yg acap kali mencuci najis org lain, jikalau tanggungjawab itu dituju kepada KAU! Pastikan KAU habiskan segala yg dimulakan oleh KAU!

Fikir sejenak...

Jikalau kau keseorangan.. siapa yang akan kau carik? Pastilah seseorang yang bernama manusia... Kenapa? Kerana manusia di jadikan berpasang-pasang, dan pelbagai rupa dan perasaan. Hanya manusia yang memahami perasaan manusia, dan hanya manusialah yg dapat berinteraksi bersama manusia. DAN! AKU JUGA ADALAH MANUSIA!
 
Coretan.net Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template