Satu percikan...
Satu titisan air yang jatuh di permukaan bumi. Satu titisan darah yang jatuh di permukaan bumi.
Ia menari-manari di ruang angkasa dengan riang sebelum mati dibaham lantai bumi.
Satu roh berlegar-legar di ruang gelap, menangis didalam satu kesepian yang dia sendiri tidak mengerti akan keperluan beliau untuk menitiskan air mati di ruang itu. Ia cuba teriak meminta satu cahaya kecil untuk dia suluh kehidupannya, tetapi suara itu tenggelam di makan satu penderitaan.
Sesat dalam mencari satu sinar kegembiraan, merayu dengan satu suara kecil. Di pinta untuk dihantarkan satu teman hidup, tetapi tiada siapa yang mendengarnya. Apa yang boleh dilakukan demi mencapaikan satu hasrat kecil beliau? Hanya duduk di ceruk gelap yang tiada penghujung nya menanti satu tangan yang panas menyambutnya.
Satu saat tiba dengan satu titik cahaya, satu kegembiraan terpancar dari wajah beliau yg beliau sendiri tidak tahu bagaimana rupanya. Berlari-lari keriangan, menuju ke arah titik cahaya itu. Tetapi perasaan hampa muncul dari sanubarinya, kerana cahaya itu makin menjauhi beliau. Lalu! ia hilang dari ruang itu, satu tangisan yang penuh hiba keluar dari hati beliau, titisan air mata berlinangan di permukaan beliau. Sujudlah! Pintalah yang kau akan keluar dari ruang itu. Jeritlah kau!
Hentakan demi hentakan dilakukan pada permukaan ruang itu, begegar, bergoyang!
***
Keluarkan aku dari dunia ini! Aku merayu, pada sesiapa yang mendengari lontaran suara halus ini.
Keluarkan aku!
Aku tidak mahu hidup dalam kegelapan, aku tidak punyai deria rasa pada tubuh badan ini, berikan aku sebuah kehidupan yang makhluk lain lalui.
Aku merayu...
Dengan sepenuh jiwa aku, aku tidak lagi dapat hidup didalam ruangan yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.
Berikan aku satu jasad yang kukuh untuk aku menikmati saki-baki kehidupan ini...
Adaptasi sebuah ceritera dongeng...
Si kecil...
Dentuman kosong...
Ketang!
Tang... tang... tang...
Dihentaknya akal yang kosong, hati cuba memangkah lalu berkata.
"Aku kosong"
Lalu si empunya badan berkata-kata, "Ya lah!".
Lalu mereka berdua kaku untuk beberapa saat. Apa yang dicarikan dalam sebuah epik percintaan? Sentuhan atau belaian kasih sayang yang tidak pernah dirasainya ketika pemilik badan itu masih kecil?
Apa kebuntuan akal itu datangnya daripada kesombongan hati mereka untuk menerima pakai sesebuah INSAN lain yang padat dengan kegembiraan? Apa yang dicarinya wahai makhluk kecil? Mencari sebutir pasir didalam lautan pasir?
Kebarangkalian setiap satu dalam satu juta hanyalah 1% dan lain nya hanyalah nasib pada kehidupan pasir-pasir yang lain.
Aku tersenyum, apakah maknanya? Apakah aku perlu beransur kerana ketidak suburan sesebuah hubungan itu akan menampak kan kehitaman. Mereka tidak cuba untuk mencantikan satu kehitaman, apa yg mereka tahu hanyalah GELAP, KOTOR, dan sebagainya. Apakah satu dinding yang hitam itu tiada ketenangan?
Apakah episod keindahan itu tamat dengan sebuah terminologi cinta busuk?
Apakah kata-kata yang bebaurkan senyuman itu tamat dengan satu jelingan maut?
Apakah kasih sayang itu akan dilumatkan oleh hati yang penuh dengan pendustaan?
Sayangnya, kita tidak akan hargai sesuatu jikalau ia masih lagi berdentum dengan kebusukan sebagai seorang manusia yang tidak lengkap dari apa segi pun.
Apa yang mereka tahu?
Hanya menadah kegembiraan, tetapi tidak mahu berkongsi kegembiraan. Satu arahan kaku yang mereka cuba berikan kepada hati mereka.
"AKU HATI BATU, DAN MEREKA HANYALAH BONEKA"
Jikalau itu yang kau mahu lafazkan, bunuhlah diri kau. Kerana manusia disekeliling kau itu hanya satu tembok yang berlubang. Dan, kau tidak perlu jadi seperti mereka.
Titik Buta
Dari satu pusingan, ia bercampur aduk. Dari satu sekatan, ia dibenarkan. Dari satu ketidak-tahuan, ia menjadi satu pengetahuan yang meluas. Tiada satu bentuk tikaman yang akan tembuh jikalau ia menebal pada setiap hari.
Ia berkabus...
Mereka sesat didalam penglihatan mereka sendiri, terlalu singkat.
Aku...
Mencari dan meraba didalam kabus yang tebal itu, mencari persoalan yang penuh dengan pelbagai jawaban. Suai padan dengan segala-galanya, tetapi seperti ada sesuatu yang hilang dari jiwa ini. Terlalu dalam untuk dicungkil. Terlalu lama untuk dipelajari, terlalu sukar untuk dihuraikan. Terputus komunikasi diantara hati dan akal.
Azab!!!
Mereka mengaut segala kesempatan, jasad ini ditikam-tikam ibarat aku ini sudah mati. Mereka gembira! Tidak mengapa, biarkan sahaja mereka mengarut didalam dunia mereka.
Titik buta...
Didalam hati mereka tampak satu lubang gelap yang terlalu jauh untuk didengari, mereka ini buta, buta segala-galanya, segala kecacatan tampak kelihatan pada insan lain. Satu titik buta yang dikenali KEPENTINGAN. Satu kecacatan buatan manusia, nafsu mendorong segala kepuasan panorama hati sejagat. Kehidupan manusia lain ibarat persisiran pantai, mereka ibarat ombak yang menghempas pantai, menghakis sedikit demi sedikit. Tiada lagi keindahan pabila kesemuanya diragut begitu sahaja.
Pelbagai soalan diajukan, dari satu pihak.
Aku hanya mampu tersenyum sahaja.
Persisiran...
Pasir itu halus dipermukaannya, digosok-gosok pasti melecet. Bengang, pasir dihentak. Tangan mulai sakit, dibentaknya pasir itu. Asalnya berlubang dek pukulan tangan marah itu. Kini bentuknya kembali pulih. Ianya rata, berair. Lembut diluaran tetapi padat pada dalamannya. Mereka terlalu mencari-cari dimana datangnya kekerasan itu, terlalu dalam dikaji. Tetapi jalan buntu ditemui.
Apa yang mereka mahukan dari sebutir pasir, cuba diukir nama mereka, dikalungkan dileher untuk dijadikan perhiasan cinta. Tetapi mereka alpa yang nama itu terlalu kecil untuk ditatap bersama-sama. Dia tanya aku dimana kesempurnaan padanya. Aku kaku, kerana aku tidak cari kesempurnaan. Aku hanya cari kegembiraan.
Dia tanya, apa yang lain dari satu lukisan abstrak ini, aku kaku. Kerana aku hanya lihat satu warna pada setiap lukisan. Warna kegembiraan, dunia ini terlalu penuh dengan kemurungan. Dunia ini penuh dengan ketidak stabilan emosi manusia yang tampak kelihatan pada senyuman sinis setiap syaitan yang berlari kehulu-kehilir.
Di tanya lagi pada aku, apa yang lain pada setiap tekstur lukisan itu. Aku kaku lagi, kerana tangan ini hanyut dengan sentuhan kasih sayang. Aku lupa bagaimana untuk merasai dan menyentuh dunia luar.
Mereka terlalu tamak mencari kegembiraan untuk diri mereka, sampai mereka lupa yang mereka sedang berbicara sesama manusia bukanya binatang mahupun tunggul. Mungkin tatkala aku tiada lagi baru mereka akan mengenang segala-galanya. Air mata kononya dihadiahkan untuk ceritera ini. Tetapi ia sudah terlambat tatkala itu, kerana nyawa ini hanya dihadiahkan sekali sahaja. Senyuman ini tidak akan sama dengan manusia lain, kerana senyuman ini tidak berperasaan. Siapa diantara mereka yang mampu memberi satu senyuman yang tidak punyai perasaan? Sedangkan haiwan juga tidak tahu berbicara dengan bahasa senyuman ini.
Kerana...
Kalian terlalu buta dengan sejarah silam, manusia lain dijadikan habuan perasaan yang lapar.
Disini aku ingin huraikan, apa yang lain pada kau.
Jalan cerita ini...
Apa yang lain pada kau.
Senyuman yang kau berikan...
Apa yang lain pada kau.
Kasih sayang yang dicoretkan...
Apa yang lain pada kau.
Sebutan yang berjaya melebarkan senyuman ini...
Apa yang lain pada kau.
Sentuhan yang kau berikan...
Apa yang lain pada kau.
Kau.
Kerana kau adalah kau, dan mereka adalah mereka. Hidup ini bukanlah semanis cerita dongeng, jikalau kau memikirkan yang hanya diri kau sahaja perlu dibahagiakan pasti tiada kebahagiaan yang akan datang pada kau. Percayalah, tiada bunyi tepukan jikalau ianya datang dari sebelah tangan bukannya sepasang. Tidak akan datangnya kasih sayang jikalau kau sendiri lari darinya.
Aku sehelai kain buruk...
Compang-camping, berbau busuk. Tengit, hitam, kelabu, dan keras. Kelihatan buruk dari pelbagai sudut, perspektif mahupun otografik. Mereka kelihatan kelam dengan suasana bingit dari permukaan itu.
Apa yang mereka kisahkan jikalau sehelai kain buruk itu terbang di tiup angin?
Mereka mahu berkata-kata seperti ini, "Eh, kain buruk aku mana?"
Pasif kelihatan pada sifat mereka. Mereka tidak kisah, mereka tidak mahu ambil tahu kemana kain itu menghilang. Apa yg mereka pedulikan, hanya sehelai kain buruk yang hanya diperlukan apabila kekotoran meliputi permukaan lantai ataupun meja mereka.
Akan kerana sifat itulah manusia ini lebih kelihatan seperti kain buruk, dan hanya diperlukan apabila ianya diseru!
Kain itu akan dipersalahkan, jikalau ianya tiada dihadapan mata si pengguna. Di maki hamun, di herdik dan di lontar begitu sahaja! Tiada belas kasihan, mereka menunjukkan sifat tidak keperimanusiaan disitu.
Mungkin ada diantara kalian yang akan berkata-kata, "peduli apa dengan kain buruk".
Ya!
Peduli apa dengan kalian semua, jikalau kuah atau seangkatan dengannya tumpah, gunakanlah kain sutera cina mu! Gunakanlah kain baju yang kau beli beratus-ratus ringgit itu untuk mengelap sisa cecair itu! Rupa mereka kelihatan sangat kejam tatkala mengesat sisa itu, oh! Ada sisa pepejal melekat di atas marmar meja ini!
Tenyeh! Tenyeh!
Tiada belas kasihan, tiada kenal erti sakit. Ada diantara kalian yang dengar batin aku menjerit? Pasti tiada, kerana kau terlalu sibuk dengan permata dan sutera yang kau beli dengan sepenuh jiwa kau, kau lupa untuk membasuh aku kadang-kalanya. Jikalau terlalu busuk, kau lontar aja kelibat badan ini ke dalam bakul sampah.
Oh! Aku hanyut di dataran gumpalan sampah!
Menanti masa untuk ditimbus, atau dibakar!
Pengakhiran aku mungkin sebagai kepulan asap yang mengotori ozon bumi. Dan, aku hadiahkan kalian dengan limpahan air hujan asid untuk kalian pertontonkan kepada generasi muda kalian.
Mengapa pengakhiran ini terlalu keji buat aku?
Kerana aku ditakdirkan lahir sebagai sehelai kain buruk.
